Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

28 Disember 2008

Tahun Baru Islam 1430 Hijrah

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasalah kita beristiqomah dengan sunnat rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita akan termasuk didalam golongan orang yang mendapat syafaat dihari akhirat kelak.

Umat islam dinegara kita khususnya sekali lagi akan menyambut salah satu hari kebesaran islam iaitu Maal Hijrah yang jatuh pada 1 Muharam setiap tahun hijrah.

Secara lazimnya,sambutan Maal Hijrah ini diadakan secara besar-besaran diseluruh negara dengan mengadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah,forum dan sebagainya sempena memperingati peristiwa bersejarah penghijrahan rasulullah s.a.w daripada mekah ke madhinah munawarah.

Kisah penghijrahan ini sebahagiannya telah dirakamkan oleh allah s.w.t didalam al-quran surah at-taubat ayat 40:
"Kalau kamu tidak menolongnya (nabi muhammad) maka sesungguhnya allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di mekah) mengusirnya (dari negerinya mekah) sewaktu dia menjadi salah seorang daripada dua (sahabat) yang berlindung didalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya,"Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya allah bersama kita".

Sesungguhnya peristiwa hijrah rasulullah s.a.w ke kota madhinah memberikan pengertian yang amat mendalam kepada umat islam,bermula dengan kesukaran dan keperitan menempuh padang pasir yang panas membakar dan diburu oleh kaum quraish mekah sehinggalah kepada terbentuknya sebuah negara islam madhinah yang berdaulat.Kebijaksanaan rasulullah s.a.w mengurus tadbir masyarakat madhinah ketika itu telah dapat menyatukan kaun Aus dan Hajrat yang sering bertelagah sesama sendiri.

Rasulullah s.a.w telah bersabda didalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa), dan apabila dipanggil untuk berjihad hendaklah kamu bersiap sedia".

21 Disember 2008

Sultan Selangor Dukacita Kanak-Kanak Diekploitasi

PETALING JAYA 20 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasi kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, titah Sultan Selangor itu disampaikan kepadanya sebelum baginda berangkat ke luar negara kemarin.

Beliau berkata, baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

Kemarin, sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelarkan diri mereka Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal ke bangunan Parlimen.

Menurut Khalid, sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Tegasnya, tindakan demi keamanan dan keselamatan negara akan diambil mengikut Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 32 (b) Akta Kanak-kanak 2001. -

20 Disember 2008

SPRM Lulus

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 diluluskan di Dewan Rakyat semalam, selepas dua hari dibahaskan oleh 47 Ahli Parlimen. Ia diluluskan kira-kira jam 7.50 malam tadi, melalui suara majoriti apabila lebih suara yang bersetuju, manakala pembangkang gagal dalam cadangan untuk meminda 14 fasal rang undang-undang itu ketika perbahasan pada peringkat jawatankuasa.

Semasa Datuk Abdul Ismail Abdul Mutalib (BN-Maran) yang membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008, mengaitkan amalan rasuah dengan semua pihak, termasuk pembangkang,kata-kata sinis seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyebabkan seorang Ahli Parlimen Pembangkang `panas' sehingga membawa kepada pertikaian lidah serta membawa campur tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersyukur Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan Dewan Rakyat. "Alhamdulillah," katanya dalam satu taklimat bersama editor di Bangunan Parlimen di sini, malam tadi.
Berita Harian 17/12/2008

18 Disember 2008

Perlu adil, bijak semasa tulis blog

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan blog untuk memperlekehkan orang lain tetapi perlu bijak dan adil semasa menulis.

Beliau berkata oleh kerana penulisan dalam blog tidak boleh ditapis, jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh menyinggung perasaan orang.

“Blog memberikan anda peluang untuk menyatakan sesuatu dengan menggunakan perkataan anda sendiri dan anda dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa apabila anda berulang kali menulis, anda akan lebih mahir."

“Pada pandangan saya, menulis blog dalam Internet adalah satu peluang untuk orang belajar bagaimana untuk menulis.” katanya.

Dr Mahathir menandatangani buku terbaru beliau yang dihasilkan berdasarkan blog beliau bertajuk ’Chedet.com - Blogging to Unblock” dan biografi bergambar bertajuk “Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography” di sini hari ini. Beliau menandatangani kira-kira 100 buku berkenaan pada majlis itu. Hampir 9,000 naskhah ’Chedet.com - Blogging to Unblock’ dicetak setakat ini dengan dua cetakan baru, sejak dilancarkan pada 17 September. Buku itu berharga RM25 senaskhah. -Berita Harian

15 Disember 2008

Wacana : Transformasi Politik Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Satu debat bertajuk Transformasi Politik Malaysia akan diadakan pada 20 Disember ini di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan.

Debat berbentuk wacana tersebut membariskan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin, Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta dipengerusikan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.

Program anjuran Penerangan PAS Kelantan itu dijangka akan menjadi medan isu-isu semasa membabitkan peralihan kuasa dalam Umno, negara serta isu-isu tentang perlembagaan negara. Wacana tersebut dijangka bermula pada jam 9.00 malam dan orang ramai dijemput hadir bagi mengikutinya.
Harakahdaily Sun Dec 14, 08

Sekolah Satu Sistem

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Menurutnya, menerusi sistem pendidikan sedemikian semua sekolah pelbagai jenis diserapkan di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan kecuali bagi subjek Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.

Mukhriz berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan sistem sekolah berbeza yang dilaksanakan sekarang memandangkan ia menyumbang kepada masalah hubungan kaum di negara ini.

Katanya, sistem pendidikan kebangsaan diamalkan di 99 peratus negara di seluruh dunia, dan pola sedunia itu seharusnya turut menjadi amalan di Malaysia.

Beliau berharap pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak melihat cadangan tersebut secara negatif kerana ia bertujuan menjadi penyelesaian kepada masalah perkauman yang menjejaskan semangat kebangsaan rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, semua pihak khususnya pemimpin parti-parti komponen BN perlu berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh meregangkan hubungan antara mereka, termasuk membangkitkan isu ketuanan Melayu.

Beliau yang melihat isu itu sebagai perkembangan yang tidak sihat berkata, sejak akhir-akhir ini banyak kenyataan dibuat oleh pemimpin parti komponen BN yang mampu menaikkan kemarahan orang Melayu, khususnya ahli-ahli UMNO.

Sementara itu, beberapa tokoh pendidikan negara menyokong cadangan Mukhriz tersebut.
Mereka berpendapat sistem pendidikan Malaysia kini adalah hasil peninggalan zaman penjajahan British yang menampilkan sekolah aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, cadangan Mukhriz itu hanya dapat direalisasikan sekiranya terdapat keazaman politik di kalangan ahli-ahli politik negara ini.

Ahli sejarah, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menyifatkan cadangan Mukhriz itu sebagai sangat baik dan menyamai cadangan dalam Penyata Razak 1956 dan Jawatankuasa Barnes 1951.

Dalam pada itu, Rektor Kolej Yayasan Melaka, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, cadangan Mukhriz itu bukan sesuatu yang baru tetapi pelaksanaannya dapat mengeratkan perpaduan kaum.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia...

07 Disember 2008

AIDIL ADHA

Selamat Menyambut Aidil Adha.. Semoga dengan kehadiran hari raya haji atau hari raya korban dapat meningkatkan pengorbanan kita kepada Allah swt dan agama nya serta dapat menyatupadukan umat Islam seluruh dunia. - Us. Wan

Hari raya Aidul Adha juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan itu umat Islam yang mampu untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram. Haji pada segi bahasa bererti menuju sesuatu tempat suci. Dari segi istilah syara', Haji bererti berziarah ke Masjidil Haram (Kaabah), melakukan wukuf di Arafah dan sa'I antara Bukit Safa dan Marwa dengan cara tertentu dalam waktu dan niat yang tertentu.

Berkumpulnya kaum muslimin dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.

Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103:

"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang Maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam Surah As Saffat, ayat 106 - 107:

"Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."

Di dalam surah Al Kauthar, ayat 2 Allah telah berfirman:"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhammu dan sembelihlah (qurban)."

Di dalam mentafsirkan ayat tersebut, Al Bajuri berkata : " Bersembahyanglah engkau itu adalah sembahyang Aid, dan sembelihlah Udhiyah (kurban), membina diatas semasyhur-masyhur qaul (pendapat) bahawa yang dimaksudkan dengan sembahyang adalah sembahyang Aid dan dengan Nahar adalah menyembelih Udhiyah." Iaitu lebih dikenali dengan nama Aidul Adha.
http://wansobri.blogspot.com/

05 Disember 2008

Penerima Penyapu Menerima Anugerah Kecemerlangan

Pada tahun lalu anugerah Penyapu telah menjadi bahan polemik hebat sehinggakan sesetengah pihak menganggapnya sebagai satu penghinaan dan membawa sial. Malah tak kurang mengatakan MB bersikap sombong ketika itu. Alhamdulillah kerana niat yang ikhlas, tujuannya yang baik dan mendapat persetujuan semua pegawai kerajaan, maka hasilnya terbukti positif.

Ini dapat dijelaskan bila saudara Tukiman yang masih memegang jawatan Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Selangor, insan yang sama menerima hadiah penyapu pada tahun lalu masih mengetuai jabatan yang sama, mendapat anugerah kecemerlangan negeri Selangor bagi tahun 2007, dengan pencapaian indeks prestasi yang meningkat daripada 47% kepada 94% dan membawa pulang RM 100 ribu.

Alhamdulillah hadiah ini menunjukkan bahawa tohmahan terhadap mantan MB adalah tidak betul. Apa yang dirancang dan laksanakan telah membawa kebaikan. Akhirnya kita melihat Pakatan Rakyat Selangor terpaksa menelan kata-kata mereka sebelum ini kerana pengiktirafan ini dibuat oleh mereka sendiri. Dahulu mereka sendiri mendakwa semangat kakitangan kerajaan berada di tahap rendah, malangnya hari ini mereka pula mengiktiraf "kebangkitan" Majlis Daerah tersebut. bak kata orang tua-tua, bila meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka jua.
http://www.drkhir.com/

02 Disember 2008

Pulau Pinang Nafi Sejarah Islam

PULAU PINANG 1 Dis. – Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kesal dengan maklumat papan informasi yang ditampalkan di sekitar Georgetown di sini kerana ia menafikan sejarah perkembangan Islam di negeri ini selain menggambarkan nilai sejarah yang negatif mengenai Pulau Pinang.

Apa yang lebih menyedihkan ialah kawasan yang menjadi tapak sejarah perkembangan Islam di negeri ini tidak dinyatakan pada papan informasi itu tetapi pihak berkuasa memaparkannya sebagai sebuah kawasan pelacuran suatu ketika dahulu.

Yang Dipertua MAIPP, Shabudin Yahaya menyifatkan papan-papan tanda itu secara sengaja mengetengahkan isu pelacuran sekali gus memalukan rakyat negeri ini di mata pelancong asing.

“Papan informasi tersebut diletakkan di banyak tempat di sekitar kawasan Lebuh Acheh, Lebuh Campbell dan Lebuh Buckingham. Kawasan-kawasan itu sememangnya dikenali sebagai tempat perkembangan ilmu, pendidikan, perdagangan serta pusat perkembangan ibadat” katanya di sini hari ini. Utusan Malaysia Online

23 November 2008

Perhimpunan Haram : Bantah ISA

KUALA LUMPUR 24 Nov. — Polis menahan sembilan orang lelaki, termasuk beberapa pemimpin PAS berikutan suatu perhimpunan yang disifatkan sebagai haram oleh pihak polis di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang, dekat sini malam tadi.

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata polis terpaksa menahan kesemua mereka disebabkan keingkaran mereka untuk beredar dari tempat tersebut. Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU dikerah untuk mengawal keadaan yang dihadiri kira-kira 150 orang penyokong.

Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya tetapi beliau tidak hadir malam tadi.

Kerjasama Wanita UMNO dan Muslimah PAS

KOTA KINABALU 16 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO Sabah menyambut baik kesedian Dewan Muslimah PAS bekerjasama dengan Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (SENADA) untuk memperkasa golongan wanita Islam di negara ini.

Ketua Wanita UMNO negeri itu, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata, sudah tiba masanya golongan kaum wanita Islam tidak kira fahaman politik dan kaum untuk mencari kesefahaman dalam menentukan kecemerlangan wanita Islam berada di tahap yang lebih optimum.

Beliau mengulas pertemuan antara Pengerusi SENADA, Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua Dewan Muslimah PAS, Nuridah Mohd Salleh pada sesi dialog SENADA di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, penyertaan itu adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa Islam merupakan titik penyatuan kepada semua aspek kehidupan walaupun dengan latar politik yang berbeza.

12 November 2008

NGO Kafir Pertikaikan Hukum Islam

Kali ini fatwa mengenai pengkid menjadi medan tempur baru. Tidak pernah berlaku kepada umat Islam sebelum ini bahawa fatwa yang dibuat demi kepentingan dan maslahah umat Islam dicabar oleh kelompok tertentu dan kalangan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada golongan NGO termasuk bukan Islam agar tidak mencabar kewibawaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan hukum berdasarkan sumber nas Quran, sunah, ijmak dan qias.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan fatwa yang dikeluarkan itu sebagai panduan bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara yang dilarang agama.

Tahap keberanian kelompok tertentu dan kumpulan NGO bukan Islam ini sudah melepasi garisan kemarahan umat Islam. Sebenarnya, mencabar Majlis Fatwa bermakna mencabar Majlis Raja-Raja Melayu. Majlis Fatwa dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan mereka diberikan kuasa untuk memberikan garis panduan kepada umat Islam terhadap sesuatu yang tidak ada hukum. -Berita Harian

10 November 2008

Perhimpunan Haram Sambut BERSIH

PETALING JAYA 10 Nov. - Polis menahan 23 orang termasuk beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan haram di hadapan Dewan Sivik, Petaling Jaya di sini malam tadi. Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, "perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya."

"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.

Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.

Sultan Perak : Jangan Guris Melayu

KUALA KANGSAR 5 Nov. – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan-tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu.

Bertitah semasa menerima memorandum daripada Gabungan Melayu Perak (GMP) di Istana Iskandariah di sini hari ini. Kira-kira 2,000 wakil pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke Istana Iskandariah.

Memorandum berkenaan mengandungi hasrat dan perasaan orang Melayu yang menjunjung kasih kenyataan khas Majlis Raja-Raja ke-215 pada 16 Oktober lalu.

Titah baginda "ini bermakna, keamanan dan kerukunan warga tidak harus dikorbankan hanya kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu."

‘‘Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara, merdeka tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali."

‘‘Perbuatan demikian jika tidak dihentikan dibimbangi akan mengguris hati dan emosi orang-orang Melayu.”

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, Raja DiHilir Perak; Raja Jaafar Raja Muda Musa serta ahli-ahli Dewan Negara Perak.

03 November 2008

Kempen Budi Bahasa Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Anggota Parlimen selalu menjadi perhatian rakyat, apa yang mereka katakan adalah menjadi tanggapan rakyat dan sudah semestinya mereka juga terikat dengan sikap berbudi bahasa.“Mereka merupakan ahli Yang Berhormat yang mempunyai pengaruh yang begitu kuat bukan hanya di kawasan masing-masing malahan juga di peringkat kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita 2008 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, amalan mencampuradukkan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris semasa perbualan harian dalam kalangan rakyat negara ini, menunjukkan mereka mengalami kecamukan budaya.

Beliau berkata, amalan sedemikian bukan sahaja menyebabkan seseorang individu tidak dapat menguasai kedua-dua bahasa berkenaan dengan baik, malah menjejaskan kelancaran berkomunikasi.

Najib Menang Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO selepas mendapat 141 pencalonan bagi jawatan itu hari ini berazam untuk menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh ahli-ahli akar umbi parti itu. Beliau juga mengajak ahli-ahli UMNO bermuafakat dan bekerjasama untuk membawa obor perjuangan murni agama, bangsa dan negara.

Pencalonan sebanyak 134 sudah membolehkannya menang tanpa bertanding serta menutup peluang calon lain untuk memperoleh kuota kelayakan 58 pencalonan bagi mencabar Najib dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO pada Mac tahun depan.

Parti itu mempunyai 191 bahagian dan setakat ini 142 telah bersidang. Daripada jumlah 142 bahagian itu, Najib memperoleh sokongan untuk menjadi Presiden daripada 99.3 peratus bahagian-bahagian UMNO yang telah bermesyuarat.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO melahirkan rasa bersyukur dan terharu atas kepercayaan yang telah diterjemahkan dalam bentuk pencalonan oleh bahagian-bahagian UMNO berkenaan.

Beliau berkata, kejayaannya itu juga mencerminkan kehendak dan keyakinan akar umbi terhadap pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

29 Oktober 2008

Desakan Mansuh EKUITI BUMIPUTRA

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini, kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

**********************************************

MCA Tidak akan berbuat sebegitu jika tidak dicucuk oleh mana - mana pihak. MCA sebagai komponen Barisan Nasional sejak sekian lama, tetapi akhir-akhir ini turut mendesak untuk memansuhkan hak keistimewaan bumiputera.

Mungkin kaum Cina Malaysia sudah bersatu padu dalam usaha mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera di Malaysia. Kerana kenyataan MCA kini lebih kurang sama seperti kenyataan DAP. Walaupun tidak "setajam" DAP, tetapi nadanya sama.

Oleh itu, kaum bumiputra di Malaysia tidak akan bersetuju dengan cadangan MCA yang mahu rakyat Malaysia bersaing didalam bidang ekonomi. Bumiputra mempunyai hak keistimewaan di Tanah Melayu dan tidak boleh disama ratakan dengan kaum-kaum bukan bumiputra.

26 Oktober 2008

MESIR : Pendaftar Perkahwinan Wanita Pertama

KAHERAH 26 Okt. - Amal Suleiman merupakan WANITA MESIR yang pertama menjadi Pendaftar perkahwinan dan telah mula bertugas semalam.

Menurut agensi berita MENA, pada hari pertama tugasnya, Amal Suleiman Afifi telah menikahkan sepasang pengantin di sebuah masjid di bandar Delta Zaqaziq, kira-kira 75 kilometer ke utara Kaherah.

MENA melaporkan, pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan mereka yang dihadiri oleh beratusratus tetamu, bagi membolehkan mereka dinikahkan oleh pendaftar perkahwinan wanita berusia 34 tahun itu.

Ramai ulama konservatif percaya, hukum syarak mengharamkan wanita menjadi pendaftar perkahwinan kerana testimoni atau saksi oleh dua wanita di mahkamah hanya bersamaan dengan seorang lelaki. Justeru mereka percaya, kontrak perkahwinan yang ditandatangani oleh seorang pendaftar perkahwinan wanita, boleh menjadi tidak sah.

Bagaimanapun, ulama yang berfahaman liberal percaya, pelantikan pendaftar perkahwinan wanita tidak bertentangan dengan syariah kerana beliau merupakan seorang pegawai yang berperanan membantu pentadbiran negara. Menurut Perlembagaan Mesir, syariah merupakan sumber perundangan utama negara, tetapi tidak pula mengharamkan wanita daripada dilantik sebagai pendaftar perkahwinan.
- AP

22 Oktober 2008

Bantah ZAKAT Diagihkan Kpd Orang Kafir

SHAH ALAM 21 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim (gambar) hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan cadangan tersebut ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

*************************************************************

SHAH ALAM 22 Okt. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri BN mempersoalkan langkah dan cadangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

Sementara itu, Abdul Shukur mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak-hak yang ditetapkan untuk orang Islam.

**************************************************************

KOTA DAMANSARA 22 Okt. - Penduduk sekitar Kota Damansara yang diketuai oleh Pemuda UMNO Bahagian Subang telah berkumpul beramai-ramai di hadapan pejabat YB Adun Kota Damansara bagi menunjukkan bantahan mereka terhadapan cadangan YB Dr Mohd Nasir Hashim itu dan menyampaikan memo bantahan.

Saudara Harison Hasan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang mengatakan tidak sepatut nya wakil rakyat yang beragama Islam memberi cadangan seperti itu. Pemuda UMNO akan terus menjadi suara rakyat dalam mempertahankan hak-hak Islam daripada dipertikaikan dan dikhianati.

20 Oktober 2008

Kontrak Sosial Asas Pembentukan Negara

KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Beliau menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemulian dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.

Katanya juga, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong serta cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

Diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suasana harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.

Berita Harian 17 Oktober 2008

29 September 2008

AidilFitri disambut 1 Oktober

KUALA LUMPUR 29 Sept — Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. - Bernama

***************************************************

Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua Hari Raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua Hari Raya yang mereka sambut itu, mereka segera menjawab bahawa dua Hari Raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Dari Anas berkata, sabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua Hari Raya yang kamu raikan itu dengan dua Hari Raya yang mempunyai kebaikan iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri’’
(Riwayat Al-Iman Abu Daud)

Berdasarkan hadis itu jelas menunjukkan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah merupakan perayaan keagamaan. Ini bermakna hari raya hendaklah disambut dan diraikan berlandaskan ajaran agama dan ia merupakan satu ibadat.

24 September 2008

Lailatul Qadar

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Malam Lailatul Qadar :
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1) Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
2) Isnin - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
3) Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan
4) Khamis - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
5) Sabtu - Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan

Walau bagaimanapun, beribadah lah dan carilah lailatul qadar pada keseluruhan malam dalam bulan ramadhan samaadan pada malam ganjil atau sepuluh malam yang terakhir.

Marilah KITA bersama-sama beribadah kepada ALLAH swt dengan penuh KEIMANAN DAN KEIKHLASAN, mudah-mudahan kita akan dikurniakan rahmat dan maghfirah serta Lailatul Qadar yang mana lebih baik daripada 1000 bulan atau bersamaan 83 tahun.

PESAKIT MENTAL

Warta Perdana RTM telah menghidangkan laporan khas yang amat menarik. Ia mengenai kisah manusia yang gilakan perhatian. Antara perkara yang ditonjolkan dalam laporan khas itu ialah tanda-tanda penyakit mental. Antaranya suka berfantasi atau berhalusinasi , terasa diri sentiasa betul, gilakan perhatian dan angkuh.

Penyakit ini dilaporkan sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kekecewaan melampau. Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang pernah berkuasa atau memegang jawatan utama namun kecewa dalam mencapai impian peribadi.

Kajian Pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11 peratus rakyat dewasa mengalami gangguan mental.

Dalam laporan khas itu, Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan obsesif adalah satu kecelaruan dalam diri dan tanda-tanda itu boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan.

Tegasnya pesakit kebanyakannya akan berbuat apa sahaja bagi memastikan keinginan yang keterlaluan dicapai. Golongan ini boleh menimbulkan bahaya kerana boleh menjadi agresif dan tidak berfikir panjang dan sanggup menghalalkan apa sahaja perbuatan semata-mata menjayakan keinginan.

Menurutnya, keghairahan untuk mendapatkan melebihi dari yang lain sehingga boleh meminggirkan prinsip dan nilai sejagat. Golongan itu juga suka memperlihatkan sikap degil hingga menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak ekoran obses kepada kehendaknya.

Golongan ini boleh menghancurkan diri atau orang lain yang cuba merampas objek yang diingininya.

15 September 2008

Pembohongan Di Bulan Ramadhan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya dibentuk pada 16 September 2008, terbukti hanyalah satu pembohongan kepada rakyat dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Beberapa pihak yang dihubungi hari ini menyifatkan ia tidak mungkin wujud dan hanya bertujuan sebagai perang psikologi bagi melemahkan kerajaan dan menyusahkan rakyat.

Sebelum ini, Anwar berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan pada 16 September ini. Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan yang digembar- gemburkan oleh Anwar esok belum menunjukkan apa- apa yang nyata sehinggalah ke hari ini.
"Janganlah nak jadi Mat Jenin, kerana selagi kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi. Tidak kiralah sama ada Anwar atau sesiapa pun yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al-Habshee menegaskan, kerenah Anwar itu akan membuang masa semua pihak dan akan melemahkan ekonomi negara kerana membimbangkan pelabur.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh PKR yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok. Rakyat perlu menilai PKR kerana peralihan kerajaan sepatutnya dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.
-Utusan

12 September 2008

Tiga Ditahan ISA

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ( ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh DAP )Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengancam keamanan, ketenteraman awam, menimbulkan isu berbaur perkauman dan kebencian rakyat, termasuk di kalangan umat Islam negara ini.

Teresa, 44, ditahan Polis ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini. Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau. Dan turut dilaporkan cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Raja Petra, 58, ditahan pada pukul 1.10 petang ini oleh Polis di rumahnya di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor. Beliau ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.

Tan Hoon Cheng, 33, ditahan pada pukul 8.40 malam oleh polis di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini. Laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu. Dan akhbar Sin Chew Daily diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri.

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
-Utusan Malaysia dan Berita Harian

10 September 2008

ATM bimbang isu kaum timbulkan huru-hara

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengingatkan bahawa isu perkauman yang ditimbulkan oleh ahli- ahli parti politik pada masa ini boleh menjurus kepada keadaan huru-hara.

Beliau berkata, pasukan tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman tersebut. Menurutnya, isu perkauman merupakan antara ancaman yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara.

Pada majlis yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan polis sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai kemungkinan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau mengulas dalam majlis penyerahan 6,000 bungkusan sumbangan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

utusan malaysia

09 September 2008

Detik Kemusnahan Islam dan Melayu

KOTA BHARU 8 Sept - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan hasrat Pakatan Pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini hanya gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Bagaimana pun, katanya jika perubahan kerajaan benar-benar berlaku, ia sebenarnya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

"Sekarang BN mempunyai 140 kerusi parlimen. Ahli parlimen Islam seramai 89 orang dan bukan Islam 51 orang. Manakala Pakatan Pembangkang pula mempunyai 82 kerusi dengan ahli parlimen Islam seramai 43 orang dan bukan Islam 39 orang"

Katanya, jika 30 Ahli Parlimen BN bukan Islam melompat, maka akan berlaku perubahan kerusi Ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Islam seramai 43 orang dan bukan Islam 69 orang"

"Berdasarkan jumlah itu mereka akan mendesak supaya hak sama rata di antara semua kaum"

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Datuk Seri Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.

Utusan Malaysia

03 September 2008

16 SEPTEMBER

PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

Penubuhan persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Persekutuan ini bertujuan menjamin perpaduan, kemakmuran dan keselamatan bersama.

Gagasan ini telah menghadapi pelbagai rintangan dari dalam dan luar negeri pada peringkat awal pembentukannya.

Walau bagaimanapun, berkat keazaman yang kuat, akhirnya pada 16 September 1963,
Malaysia diisytiharkan.

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA KE ARAH KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT

Konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Konsep pembinaan negara dan bangsa juga berlaku di Eropah melalui pembentukan negara Jerman dan Itali.

Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terenggganu dengan perlembagaan bertulis. Kerajaan Kelantan dengan system Jemaah Menterinya. Dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.

Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui demokrasi berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi. Perpaduan negara dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Sejarah - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

01 September 2008

Awal Ramadhan Bersamaan 1 September

Selamat Menunaikan Kewajipan Puasa di Bulan Ramadhan
Semoga segala amalan kita akan dimakbulkan Allah swt.. Amin.

Pengertian Puasa

Bahasa : Menahan diri atau menahan diri daripada sesuatu.
Istilah : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan dengan niat bagi orang yang diwajibkan perpuasa bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Kelebihan dan Kemulian Ramadan

*Bulan diturunkan al-Quran
Firman Allah s.w.t :
"Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza." (al-Baqarah: 185)

*Bulan Umat Islam Berpuasa
Firman Allah s.w.t :
"Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan)"
(al-Baqarah: 183)

*Bulan Mempunyai Malam Lailatul Qadar
Firman Allah s.w.t :
"Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan"
(Al-Qadr : 3)

*Bulan Disunatkan Bersolat Sunat Tarawih.
Hadis Diriwayatkan Oleh Jabir bin Abdullah :
"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir.."

*Bulan Penghulu Segala Bulan
Sabda Nabi s.a.w :
"Penghulu segala bulan ialah Ramadhan dan penghulu segala hari ialah Jumaat"
(Riwayat Al-Tabrani)

*Bulan Pintu Syurga Dibuka dan Pintu Neraka Ditutup Serta Syaitan Diikat
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan."
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

*Bulan Diampunkan Dosa

1. Diampunkan dosa-dosa kecil di antara dua Ramadhan.
Sabda Nabi s.a.w :
"Sembahyang lima waktu dan dari Jumaat ke Jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa di antaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar"
( riwayat Muslim )

2. Diampunkan dosa-dosa yang lalu
Sabda Nabi s.a.w :
"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan muhasabah, diampunkan Allah swt bagi nya dosa-dosa yang lepas"
( riwayat Bukhari dan Muslim )

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-51 di Dataran Merdeka di sini hari ini berjaya menggambarkan kekuatan perpaduan yang selama ini menjadi asas kepada keamanan, keharmonian dan rasa hormat antara semua kaum di negara ini.

Dengan bertemakan ‘Perpaduan Teras Kejayaan’ kesemua formasi serta perbarisan yang ditampilkan jelas melambangkan kepada usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengajak rakyat tidak kira latar belakang khususnya generasi muda supaya lebih menghayati erti perpaduan.

Sememangnya usaha itu berhasil apabila riak wajah lebih 50,000 masyarakat pelbagai kaum yang memenuhi setiap inci kawasan Dataran Merdeka jelas memperlihatkan semangat mereka untuk berpadu demi kesejahteraan negara.

Mesej perpaduan itu ditampilkan dalam setiap acara, perbarisan dan perarakan yang disertai oleh 16,433 peserta termasuk penyertaan kali pertama 150 kanak-kanak pra-sekolah.

Sambutan yang diadakan pada pukul 8.10 pagi itu dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 14 das tembakan meriam yang secara simbolik mewakili 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Ia juga diselang-seli dengan laungan ‘Merdeka’ sebagai tanda semangat tanda kesyukuran negara bebas daripada belenggu penjajah.

Sambutan bermula sejurus ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dengan disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Hadir sama menteri-menteri Kabinet.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isterinya tiba dengan memandu sendiri kereta elektrik Proton Persona berwarna putih. Manakala Timbalan Perdana Menteri dan isterinya pula tiba dengan kereta Proton Savvy berwarna merah.

Turut menyaksikan upacara bersejarah itu ialah para diplomat asing yang berkhidmat di negara ini.

29 Ogos 2008

Bajet 2009 : Belanjawan Prihatin

KUALA LUMPUR, 29 Ogos - Perdana Menteri Malaysia yang juga selaku Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2009 pada sidang Dewan Rakyat.

Hari ini kita berdepan persekitaran harga global yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Namun, saya yakin sekiranya kita bersatu padu, kita akan sekali lagi berjaya mengatasi cabaran yang dihadapi sekarang.

Kerajaan akan terus mentadbir ekonomi negara dengan penuh beramanah tanpa membuat janji-janji populis seperti dicanang oleh pembangkang yang boleh memusnahkan kedudukan kewangan kerajaan dan mewariskan negara muflis kepada generasi muda.

Diantara Belanjawan...
keselamatan sosial
* Tabung khas RM25 juta bantu keluarga hilang punca pendapatan secara mengejut seperti
akibat kemalangan.
* Kelayakan pendapatan bantuan kebajikan dinaikkan dari RM400 kepada RM720 sebulan
(Semenanjung), RM830 (Sarawak) dan RM960 (Sabah).
Rebat cukai
* Rebat cukai dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.
Pendapatan dari faedah ke atas simpanan individu dikecualikan cukai.
Bil elektrik
* Bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan dikecualikan bayaran berkuat kuasa 1 Oktober 2008
sehingga akhir 2009.
Elaun khas polis
* Elaun bayaran insentif khas anggota polis ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai 1 Januari
2009.
Sara hidup nelayan
* RM180 juta untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120
juta sebagai insentif tangkapan ikan.
Pinjaman rumah
* Lanjut tempoh pinjaman perumahan kakitangan awam dari 25 tahun ke 30 tahun.
* Kemudahan pinjaman ubah suai rumah untuk rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman
kerajaan.
* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian penuh duti setem.
* Pembeli rumah pada harga sehingga RM250,000 dikecuali duti setem 50%.
Pengangkutan awam
* Laluan LRT baru sepanjang 42km dari Kota Damansara ke Cheras.
* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd. dipertingkatkan.
* Membina terminal bersepadu di Bandar Tasik Selatan bagi kemudahan teksi dan bas antara
bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.
* Turunkan tol 50% bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link
Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.
* Dikecualikan cukai jualan bagi pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.
* Cukai jalan RM20 setahun bagi semua bas, teksi, kereta sewa dan limosin.
* Penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bonus
* Sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi kakitangan awam.
* Dibayar dua kali pada September dan Disember ini.
Pencen
* Kakitangan kerajaan berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun menerima pencen tidak
kurang RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
Petani
* Peruntukan RM475 juta bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu
pesawah.
Elaun perjalanan
* Pengecualian cukai sepenuhnya kepada elaun perjalanan oleh majikan manakala pekerja yang
menerima elaun perjalanan diberi pengecualian cukai sehingga RM2,400 setahun.
Elaun OKU
* Elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas ditambah daripada RM50 kepada RM150,
sementara bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru.
Barangan pengguna
* Duti import beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada 10 peratus hingga 60 peratus
kepada lima peratus hingga 30 peratus.
Cukai jalan
* Kadar cukai jalan kenderaan persendirian berenjin diesel individu dan syarikat sama dengan
kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 September 2008.

27 Ogos 2008

Bank Data Forensik DNA: Pendekatan Bijak Membanteras Jenayah

Persidangan Dewan Rakyat memaklumkan bahawa Kerajaan dalam perancangan untuk menubuhkan Bank Data Forensik DNA. Kerajaan mengambil pendekatan tersebut sebagai langkah untuk mempertingkatkan prestasi PDRM dalam membanteras jenayah yang semakin berleluasa kebelakangan ini. Ini dijelaskan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga MP Kota Tinggi dalam sesi penerangan Rang Undang-Undang berhubung cadangan tersebut.

Forensik DNA merupakan bidang yang baru di Malaysia tetapi telah digunakan secara meluas di negara-negara maju sebagai satu instrumen untuk mendapatkan bukti bagi mengenalpasti penjenayah. Penggunaan DNA telah diakui mempunyai ketepatan sehingga 99.9%. Penggunaan DNA telah terbukti berkesan dalam menyelesaikan kes jenayah di Malaysia seperti kes rogol dan bunuh Pegawai Sistem Maklumat, Nursuzaili Mokhtar pada tahun 2001 dan juga kes Kenny Ong pada tahun 2004.

Bidang forensik DNA juga membantu pihak PDRM dalam mengenalpasti mayat mangsa kemalangan, kebakaran dan juga mangsa bencana alam yang sukar dikenalpasti identitinya memandangkan keadaan fizikalnya yang banyak berubah. Sehubungan itu, penubuhan Bank Data Forensik DNA adalah wajar berikutan peningkatan kes jenayah yang memerlukan PDRM meningkatkan kemahiran dalam bidang forensik DNA.

24 Ogos 2008

PUTERI Diancam BOM

Unit Pemusnah Bom terpaksa dipanggil untuk memusnahkan sesuatu yang dipercayai bom di belakang bilik gerakan Puteri UMNO di Kubang Semang, Permatang Pauh, kira-kira jam 1.40 pagi. - News Alert AgendaNews.

Sejak penamaan calon, Puteri UMNO telah bergerak cergas dengan pergi rumah ke rumah untuk merayu pengundi di situ supaya memilih calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah.

Dalam menjalankan tugas mereka pelbagai cabaran dihadapi yang dilakukan oleh pihak pembangkang termasuk diraba pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, digertak oleh "samseng" dan dihalau balik. Namun, ramai dikalangan penduduk sekitar tetap menyambut kehadiran mereka dengan hati terbuka.

Terdapat juga usaha oleh pembangkang yang menghantar pelajar IPTA untuk menyamar sebagai Puteri UMNO dengan mempengaruhi pengundi untuk memilih calon PKR. Bagaimanapun, tindakan mereka dikesan serta merta kerana beberapa kesilapan nyata yang dilakukan.

Oleh kerana ada kegiatan gangguan yang mengganggu gerak kerja sayap Puteri itu, di sesetengah tempat mereka akan ditemani oleh jentera lelaki bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

10 Ogos 2008

Apa kah Agenda MAJLIS PEGUAM?

Siapa disebalik mereka? Apa kah sebenarnya agenda dan tujuan Majlis Peguam kerana mereka baru sahaja menganjurkan forum mengenai "Ketuanan Melayu" dan sekarang pula mengganjurkan forum awam "Memeluk Islam"

Penganut agama Islam yang merupakan agama persekutuan dan kaum Melayu yang merupakan kaum bumiputra jelas kelihatan tidak senang dan membantah tindakan Majlis Peguam itu. Terbukti apabila mereka telah bersatu mengadakan demonstrasi bantahan di luar bangunan yang menjadi tempat kedua-dua forum itu berlangsung.

Adakah Majlis Peguam telah dipengaruhi oleh kumpulan peguam yang mempunyai agenda-agenda tertentu seperti kumpulan peguam Hindraf dan 9 orang peguam kepada penasihat PKR?

Ramai yang bimbang kerana melihat seolah-olah Majlis Peguam telah menjadi sayap kepada parti politik tertentu. Maka sebab itu terdapat pandangan yang mengharapkan agar peguam yang masih berkhidmat dilarang menceburi politik seperti mana larangan kepada kakitangan kerajaan kumpulan A berpoltik. Harapan ini demi memartabatkan lagi institusi kehakiman dan keadilan negara.

Akhir-akhir ini semenjak Pakatan Pembangkang mempunyai penambahan ahli parlimen dalam dewan rakyat dan berjaya berkuasa memerintah di lima buah negeri maka kelihatan banyak hak Islam dan hak kaum Melayu telah dipertikaikan dan dikurangkan seperti Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Perak buat pertama kali nya telah diberikan kepada bangsa lain, Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digugurkan di Pulau Pinang, Konsep Islam hadhari telah diharamkan di Selangor, Ahli Parlimen Kelana Jaya menentang pembinaan surau di Desa Mentari dan sebagai nya.

Rakyat mengharapkan perubahan agar pembelaan dan kebajikan mereka diutamakan. Tetapi mereka amat takut jika Pakatan Pembangkang memerintah lebih dahsyat lagi daripada penjajah Tanah Air dahulu. Sekurang-kurangnya Inggeris menghormati hak Istiadat orang Melayu dan Agama Islam.

03 Ogos 2008

KeTUANan MELAYU

MESTI CELIK SEJARAH. Ketuanan bukan semata-mata bermaksud tuan kepada hamba, tetapi dalam perkara ini membawa maksud hak. Hak orang melayu yang meliputi agama Islam, keistimewaan sebagai bumiputra dan tanah air. Semua itu telah dimiliki oleh orang melayu bermula daripada zaman pemerintahan beraja sebelum dijajah, zaman ketika dijajah selama 400 tahun lebih dan kini zaman setelah merdeka yang baru berusia 50 tahun.
Pihak pembangkang sama ada berbangsa melayu atau tidak, sama ada beragama islam, munafik atau kafir harbi perlu menyedari hak-hak tersebut yang merupakan kesinambungan daripada zaman berzaman. Jangan mengukur hanya bermula zaman merdeka yang bersyarat oleh penjajah dengan memberi kerakyatan kepada pendatang-pendatang asing berbangsa china yang ketika itu sebagai buroh lombong dan berbangsa india yang ketika itu sebagai buroh kerahan membuat jalan kereta api.
Oleh kerana itu kaum melayu perlu celik sejarah supaya tidak terpedaya dan tertipu dengan putar belit dan helah pihak pembangkang terutama DAP. Walau pun pembangkang diketuai terdiri daripada generasi sebelum merdeka namun mereka sanggup memutar belitkan sejarah dan tidak berterima kasih kepada kaum melayu.
Sebagai orang Islam pula kita diwajibkan agama untuk mempertahankan agama Islam dan hak-hak orang Islam.
Tidak pelik segala-gala nya boleh berubah gara-gara tidak sedar diri dan gilakan kuasa.

JEJAMBAT MRR2 RETAK LAGI

Menguji Kesabaran. Jejambat MRR2 retak sekali lagi. Walau pun sebelum ini telah dibelanjakan sebanyak lebih RM70 juta untuk memperbaiki keretakan.

Warta Jam 5 RTM sebentar tadi melaporkan jejambat MRR2 yang dibuka pada 8 Disember 2006 setelah siap diperbetulkan, dilihat kembali retak pada pagi tadi.

Sehubungan itu, jejambat MRR2 sejauh 1.7 kilometer ditutup semula pada jam 10 pagi untuk kerja-kerja pemeriksaan dan pembaik pulih jejambat.

Harapan kepada Menteri Kerja Raya yang baru agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin. Harapan kepada pengguna jalan raya pula khas nya pengguna laluan jejambat MRR2 itu agar dapat memahi dan bersabar. Penutupan sementara itu untuk keselamatan kita bersama juga.

23 Julai 2008

SISTEM KEADILAN DIPERMAINKAN

Dalam tempoh sebulan ini kita dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim memanipulasi berita dan sistem kehakiman negara.

Bagaimana seseorang yang sepatutnya adalah mangsa kini dituduh pula sebagai penipu. Pelaku pula bergerak bebas bahkan diagong-agongkan oleh pengikut beliau yang taksub.

Kesan daripada tindakan tersebut ialah jika beliau betul-betul melakukan liwat namun beliau berjaya meyakinkan rakyat bahawa beliau telah dizalimi. Akhirnya sistem kehakiman yang sepatutnya menegakkan keadilan tidak dapat dijalankan.

Hakikatnya Anwar langsung tidak memberi ruang untuk sistem kehakiman negara ini berjalan dengan lancar. Siasatan yang sepatutnya dijalankan dengan adil dan mudah tidak diikuti oleh Anwar. Ianya memperlihatkan bagaimana Anwar berjaya mengatasi sistem kehakiman negara. Bagi melicinkan siasatan Anwar sepatutnya 'tutup mulut' begitu juga Majlis Peguam. Biarkan Polis menjalankan siasatan dan biarkan mahkamah menentukan kebenaran.

Adalah sesuatu yang tidak kena dalam sistem keadilan negara jika tertuduh atau pelaku terlepas dari hukuman yang sepatutnya. Dan adalah tidak adil juga sekiranya setiap kali pelaku hendak disiasat, tetapi pelaku juga membuat laporan yang sebaliknya.

Sebagaimana Anwar mendakwa Peguam Negara dan Ketua Polis Negara terlibat dalam memalsukan laporan dan akhirnya beliau berjaya menyingkirkan dua tokoh utama dalam siasatan dan pendakwaan tidak terlibat dalam kes beliau.

Jika trend ini beterusan maka sistem kehakiman dan keadilan negara akan hancur kerana jika setiap kali pelaku didakwa, tetapi pelaku juga mendakwa pihak yang lain. Akhirnya Pelaku walaupun betul melakukanya berjaya membebaskan diri dan mangsa akan terus menjadi mangsa.

Jadi apakah yang dinamakan keadilan.. Adakah keadilan jika pelaku mendapat hukuman atau mangsa yang mendapt hukuman...

20 Julai 2008

PERSIDANGAN : JAWATAN ATAU PERJUANGAN?

Anggota UMNO yang mula bermesyuarat perlu memberi tumpuan kepada usaha membantu bangsa melayu dan rakyat negara ini menghadapi tekanan daripada kenaikan harga minyak dan harga barang ketika ini. Ini lebih penting daripada berpolitik yang tidak sihat.

Janganlah mengadakan mesyuarat semata-mata untuk membincangkan jawatan dalam parti. Sedangkan perkara usul dan cadangan adalah lebih penting kerana merupakan saluran suara akar umbi.

Rakyat negara ini memerlukan pembelaan bagi meringankan beban mereka kerana kenaikan harga minyak global telah memberi kesan kepada mereka. Segala bantuan oleh kerajaan sudah tentulah dapat meringankan beban rakyat, namun bergantung kepada pemimpin politik parti yang memerintah yang menjadi kunci kepada setiap perubahan dan tindakan kerajaan.

Sebagai contoh Datuk Noh Omar akan menubuhkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) adalah usaha yang baik untuk membantu rakyat di seluruh negara membabitkan diri dengan koperasi yang mampu membantu mereka menghadapi tekanan daripada kenaikan harga barang.

Seperti yang dinyatakan oleh Paklah, koperasi digunakan oleh kerajaan untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang pada tahun 1970an dulu yang sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat terutama di kampung.

15 Julai 2008

UMNO DAN PAS PERLU BERMUZAKARAH

Dua parti melayu UMNO dan PAS - perlu sentiasa duduk semeja dan bermuzakarah demi kepentingan bangsa Melayu di negara ini.

Pemimpin kedua-dua parti perlulah meletakkan kepentingan agama dan bangsa terlebih dulu daripada kepentingan politik masing-masing.

Muzakarah ini penting bagi memastikan nasib bangsa Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh pihak lain kerana dinaikkan semangat oleh pemimpin PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

Oleh kerana pihak lain melihat ada pemimpin Melayu yang memperlekehkan segala agenda Melayu termasuk memperjuangkan nasib Melayu, maka mereka bertindak dengan membuat sesuka hati termasuk membuat forum kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Mereka mula mempersoalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Pemimpin UMNO dan PAS perlu duduk semeja memikirkan apa yang terbaik untuk bangsa Melayu sekarang agar mereka tidak terus dihina dan diperlekehkan. Fikirlah dengan matang demi untuk maruah dan martabat bangsa Melayu.

Jika kedua-dua parti itu bergabung, negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh pembangkang boleh dikembalikan kepada Barisan Nasional dan mengelakkan kerajaan negeri dikawal oleh DAP yang ibarat seperti buaya yang membuka mulut yang besar. Habis tanah di Perak diagih-agihkan untuk kepentingan pihak tertentu. Peraturan pemilikan tanah juga diubah. Buaya ini menerima arahan daripada Perak dan Pulau Pinang untuk membina ketuanan cina dan india di Malaysia.

14 Julai 2008

DEBAT 2008 BERJALAN LANCAR

Semua persiapan untuk mengadakan Debat 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam esok berjalan lancar.

Pengarang Agenda Daily, Sdr Hanafiah Man, yang ditemui oleh Dunia Tiger berkata pihaknya telah mengadakan persiapan rapi terutama dalam memastikan debat itu berjalan sepertimana yang dirancangkan.

Ini termasuk penyiaran oleh empat stesen televisyen iaitu TV9, ASTRO Awani, Bernama TV dan TV3 yang akan menyiarkan siaran tertunda.

"Aspek paling penting ialah keselamatan. Kita telah membuat persiapan rapi berhubung dengan aspek ini. Kita juga telah meminta kedua-dua pihak untuk tidak membawa penyokong ke tempat berlangsungnya acara debat ini kerana semua berpeluang mengikuti debat ini yang disiarkan secara langsung melalui televisyen," katanya.

Hanafiah juga memaklumkan, kedua-dua pihak telah menyerahkan senarai 50 tetamu masing-masing yang akan menghadiri debat itu dan hanya mereka dibenarkan masuk ke dewan berkenaan.

Katanya, walaupun ramai yang memohon untuk hadir tetapi pihak Agendadaily.com tidak dapat memenuhi permintaan itu bagi memastikan kelancaran program itu. -DUNIA TIGER

11 Julai 2008

KHUTBAH JUMAAT : TUDUHAN LIWAT

Politikkan Masjid dan Surau. 11 Julai 2008 Kota Damansara – Pihak pakatan pembangkang Selangor telah mempergunakan masjid melalui khutbah jumaat untuk membela kes liwat pemimpim mereka.

Terbaru di Masjid As-Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara, khatib jemputan telah menyampaikan khutbah meminta rakyat tidak mempercayai tuduhan zina yang tidak mempunyai empat orang saksi dan menegaskan tuduhan yang tidak mempunyai empat orang saksi akan dikenakan qazaf. Khatib menganggap liwat sama seperti zina dan beliau berharap rakyat tidak bersangka buruk, terus menuduh, dan membenci yang tertuduh sebalik nya perlu tunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu.

Khatib berharap sejarah kejatuhan pemimpin seperti bekas presiden amerika syarikat dengan tuduhan seks tidak berlaku di negara ini.

Persoalan nya kenapa ketika penasihat PKR terlibat dengan kes meliwat pembantu peribadi nya maka khutbah jumaat di kebanyakan masjid dalam negeri Selangor membawa tajuk liwat. Terbukti pakatan pembangkang mempolitikkan masjid sedangkan dalam masa yang sama kerajaan pakatan pembangkang Selangor menafikan kepada sultan bahawa mereka mempolitikkan masjid dan surau.

Kenapa dulu pada peringkat awal ketika najib dituduh terlibat dengan kes altantuya mereka tidak meminta rakyat jangan bersangka buruk dan perlu menunggun keputusan mahkamah. Bahkan pakatan pembangkang pula yang lebih2 memfitnah dan mengiyakan kes itu. Maka jelas dan terbukti agama diperalatkan dan bangsa digadai.

10 Julai 2008

PAKLAH UNDUR 2010

Memberi Laluan. 10 Julai 2008 Kuala Lumpur - YAB Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan tidak akan mengetuai Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti dan beliau akan berundur mengetuai UMNO dan BN serta kerajaan pada pertengahan tahun 2010.

Beliau berharap akan berlaku peralihan kuasa dengan baik kepada timbalan nya YAB Dato` Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan menjelaskan terpaksa mengambil sidikit masa bagi memastikan timbalan nya bersedia untuk mengambil alih jawatan.

Maklum balas yang diterima oleh pucuk kepimpinan rata-rata nya menyambut baik. YB Dato` Seri Hisyammudin Tun Husein, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengatakan beliau menyambut baik pengumuman itu dan berharap dengan itu akan melegakan semua pihak serta akan menguatkan kembali UMNO. Sedutan Warta Perdana RTM.

09 Julai 2008

PETANI PADI PERLU DIBELA

Pembela Petani Padi. MP PASIR SALAK (BN) mengharapkan kerajaan memberi pembelaan kepada golongan petani padi. Beliau mempersoalkan kenapa harga barang lain boleh naik dan golongan petani itu boleh mendapat lebihan pendapatan, tetapi kenapa tidak berlaku kepada golongan petani padi yang hanya kerana padi / beras itu merupakan makanan asas negara.

Kesan Padi / Beras termasuk bawah harga kawalan menyebabkan golongan petani padi bukan hanya mendapat untung yang tidak berbaloi malah ramai juga diantara mereka yang tidak mendapat pulangan modal.

Sudah sampai masa nya kerajaan dan semua pihak memberi sokongan, pembelaan dan keadilan kepada semua petani termasuk petani padi. Pihak pembangkang juga jangan cepat membantah kerana perkara itu juga termasuk dalam perjuangan pembelaan rakyat dan jangan hanya membela sebahagian rakyat sahaja.

08 Julai 2008

DEWAN RAKYAT : PENDEKATAN KEWANGAN NEGARA

Menteri Kewangan ( MP Tasek Gelugor ) menjelaskan kerajaan mengambil pendekatan berjimat cermat dalam perbelanjaan pengurusan negara merupakan langkah berjaga-jaga sebagai persiapan memperkuatkan kewangan negara jika dalam tempoh tiga tahun akan datang berlaku keadaan krisis minyak, makanan dan sebagai nya dengan lebih teruk.

Beliau amat kecewa dengan pihak pembangkang hanya pandai membangkang tetapi tidak ada cadangan yang baik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara selain semata-mata mendesak kerajaan terus berbelanja besar untuk menanggung sabsidi walau pun kita tahu tindakan itu akan menggugat kewangan negara.

Timbalan Speker menerangkan setiap penjelasan oleh pihak pemerintah merupakan penjelasan yang betul kerana itu adalah pendirian dan pendekatan yang diambil. Manakala pihak pembangkang dinasihatkan supaya bermesyuarat terlebih dahulu sebelum memasuki dewan bagi memperkuatkan cadangan-cadangan yang akan dibawa kerana sekarang boleh dikatakan semua MP pembangkang memberi cadangan dan kesan nya tidak jelas apa pendekatan utama yang dimahukan.

05 Julai 2008

POLITIK : FITNAH bermaharajalela

Bermubahalah atau Bersumpah la. Fitnah memfitnah semakin menjadi-jadi dan bermaharajalela di tanah air kita terutama dalam dunia politik. Walau pun dalam agama rasmi negara (ISLAM) menegaskan bahawa dosa fitnah itu amat besar dan diumpamakan dosa itu lebih besar daripada dosa membunuh tetapi fitnah memfitnah ini tetap menjadi budaya negatif yang diminati oleh ahli-ahli poltik tanah air terutama pihak pembangkang.

Seperti sedia maklum bahawa pakatan pembangkang berceramah di seluruh pelusuk tanah air menyampaikan isu-isu tertentu kepada rakyat bertujuan untuk mendedahkan kelemahan pihak pemerintah dan bertujuan untuk mengalihkan sokongan rakyat kepada mereka. Namun lama kelamaan dalam keghairahan membelasah pihak lawan tanpa disedari isu yang dilemparkan itu sebenarnya fitnah semata-mata kerana keputusan yang dilemparkan itu rupa-rupanya melangkaui keputusan sebenar samaada daripada pihak tuan diri, penguatkuasa atau mahkamah. Pada permulaan fitnah itu berlaku secara tidak sengaja tetapi lama-kelamaan setelah dilihat kesannya amat manguntungkan dalam dunia politik maka budaya fitnah itu menjadi pilihan utama sebagai senjata penting yang amat berguna.

Oleh itu terbukti jelas bahawa pakatan pembangkang merupakan penyumbang utama dalam menyuburkan budaya fitnah yang bertapak dalam dunia politik tanah air. Jika budaya negatif ini terus dibiarkan sebati dalam dunia politik maka kesan nya akan memberi contoh dan ikutan kepada seluruh rakyat dan tidak pelik suatu hari nanti rakyat dan negara Malaysia sudah tidak lagi dipercayai oleh dunia luar kerana terkenal dengan muka munafik dan penabur fitnah.

Maka dalam isu2 terbaru seperti Anwar Meliwat Saiful yang boleh dianggap fitnah sebelum diputuskan oleh pihak mahkamah, elok lah beliau menurut pandangan mufti perlis supaya beliau bersumpah sebagai pengakuan dan pendirian beliau sementara menunggu keputusan sebenar oleh pihak mahkamah. Jika takut bersumpah maka peratus keberangkalian isu itu betul lebih besar.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata “saya meminta mereka bermubahalah iaitu bersumpah laknat dengan lafaz ( Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya. Jika saya melakukan nya, laknat Allah kepada saya ) dan bersumpah menyebut ( Waallahi, Wabillahi, Watallahi saya tidak melakukan nya )”. Beliau juga mengatakan “Dalam Islam , peribadi seseorang tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Tetapi dalam politik Malaysia sekarang mereka berlumba-lumba mendedahkan aib orang” Petikan Utusan Malaysia, 4 Julai 2008.

Tetapi bagaimana pula orang yang mendedahkan aib sendiri untuk kepentingan politik?

03 Julai 2008

DEMONSTRASI atau RUSUHAN

HURU-HARA. Demonstrasi jalanan di Malaysia sudah mula bertapak menjadi fenomena biasa. Ia akan berlangsung ketika terjadinya sesuatu perkara yang dikatakan membabitkan kepentingan pihak tertentu dan awam sebagai cara meluahkan perasaan ketidak puas hatian mereka. Sesuatu perhimpunan yang dibuat biasanya memang tidak akan mendapat kebenaran ataupun permit daripada pihak polis. Oleh itu, wajarlah ia dipanggil perhimpunan haram.

Namun kebiasaan nya demonstrasi jalanan ini akan bertukar menjadi rusuhan yang teruk apabila berlaku pertembungan diantara kumpulan demonstrasi dan pihak penguatkuasa. Kesannya amat merugikan semua pihak dan diantara nya berlaku huru hara di sekitar kawasan berlangsungnya demokrasi itu, terjejas aktiviti harian penduduk dan para peniaga, berlaku kesesakan jalan raya, berlaku banyak kerosakan harta awam dan harta peribadi, menghasilkan tanggapan yang yang buruk kepada imej negara dan sebagai nya.

Dalam Berita Harian Online pihak Polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan anjuran Pakatan Pembangkang di padang berdekatan Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Ahad ini. Perhimpunan haram ini diadakan di antaranya untuk membantah dan memprotes kenaikan harga minyak yang berlaku bulan Jun yang lalu.

Rakyat Malaysia yang rasional tidak akan menjadikan diri mereka sebagai alat dan batu loncatan kepada Pakatan Politik yang gilakan kuasa itu dalam menganjurkan atau menyertai demonstrasi jalanan yang hanya akan mendatangkan masalah kepada rakyat dan negara. Biarlah Pakatan Politik itu dengan kegilaan mereka, kerana ia tidak lebih daripada agenda peribadi untuk mengejar kuasa dan kekeayaan dunia.

Demonstrasi bukan penyelesaian kepada masalah yang menimpa, sebaliknya bantulah kerajaan melalui saluran rasmi yang tersedia luas untuk memberi pendapat dan pandangan serta kerjasama dalam memperjuangkan agama, rakyat dan negara.

01 Julai 2008

LIWAT : KENYATAAN atau CIPTAAN

DEPAN ATAU BELAKANG. Isu panas Anwar Ibrahim dilaporkan meliwat pembantu peribadinya menjadi perhatian semua pihak dan persoalan nya adakah isu itu benar?. Reaksi masyarakat telah menunjukkan sebahagian mereka menganggap isu itu benar dan sebahagian lagi menganggap isu itu ciptaan dan mainan politik oleh tertuduh sendiri atau musuh politik.

Rakyat Malaysia yang beranggapan isu itu benar mempunyai beberapa hujah. Pertama seseorang itu boleh dikatakan difitnah jika sekali dituduh namun jika kali kedua dituduh dengan kesalahan yang sama peratus keberangkalian betul itu lebih besar . Kedua, mangsa liwat yang membuat laporan itu kedua-duanya merupakan orang rapat dan kepercayaan tertuduh. Hanya orang yang terpilih dan percayai sahaja akan menjadi pembantu peribadi. Mustahil mereka akan melakukan pengkhianatan kecuali mereka dikhianati terlebih dahulu. Ketiga, tambahan pula mangsa liwat dalam pertududuhan pertama dan mangsa terkini mempunyai raub wajah yang hampir sama bentuk nya. Raub wajah manja dan lembut yang menjadi perhatian kepada manusia yang berhobi luar tabie itu.

25 Jun 2008

KETUANAN MELAYU

MESTI CELIK SEJARAH. Ketuanan bukan semata-mata bermaksud tuan dan hamba tetapi dalam perkara ini membawa maksud hak. Hak orang melayu yang meliputi agama Islam, keistimewaan sebagai bumiputra dan tanah air. Semua itu telah dimiliki oleh orang melayu bermula daripada zaman pemerintahan beraja sebelum dijajah, zaman ketika dijajah selama 400 tahun lebih dan kini zaman setelah merdeka yang baru berusia 50 tahun.

Pihak pembangkang sama ada berbangsa melayu atau tidak, sama ada beragama islam, munafik atau kafir harbi perlu menyedari hak-hak tersebut yang merupakan kesinambungan daripada zaman berzaman. Jangan mengukur hanya bermula zaman merdeka yang bersyarat oleh penjajah dengan memberi kerakyatan kepada pendatang-pendatang asing berbangsa china yang ketika itu sebagai buroh lombong dan berbangsa india yang ketika itu sebagai buroh kerahan membuat jalan kereta api.

Oleh kerana itu kaum melayu perlu celik sejarah supaya tidak terpedaya dan tertipu dengan putar belit dan helah pihak pembangkang terutama DAP. Walau pun pembangkang diketuai terdiri daripada generasi sebelum merdeka namun mereka sanggup memutar belitkan sejarah dan tidak berterima kasih kepada kaum melayu.

Sebagai orang Islam pula kita diwajibkan agama untuk mempertahankan agama Islam dan hak-hak orang Islam.

Tidak pelik segala-gala nya boleh berubah gara-gara tidak sedar diri dan gilakan kuasa.

AHLI PARLIMEN NAK GLAMOR

BEREBUT CIPTA NAMA. Kelihatan ahli-ahli parlimen berebut-rebut untuk berucap di Dewan Rakyat sama ada kerana tujuan yang ikhlas atau pun kerana agenda peribadi.

Terdapat ahli parlimen pembangkang cuba sedaya upaya untuk bercakap. Jika tidak diberi laluan mereka akan cuba menyampuk ahli parlimen lain yang sedang berucap. Kadang-kadang sesama pembangkang pun berebut.

Tetapi yang amat memalukan terdapat ahli parlimen pembangkang ingin terlibat bercakap walau pun tidak mendalami tajuk yang diperbahaskan.

Terbukti apabila MP Parit Buntar PAS dan MP Kota Raja PAS sama-sama pembangkang menegur MP Padang Serai PKR.

Sepatutnya mereka mengkaji dahulu sebelum berucap. Jangan melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Itu amanah rakyat.

24 Jun 2008

SMART SOLAT?

MENOKOK TAMBAH. Exco Agama Kerajaan Pembangkang Selangor telah mengharamkan Konsep Islam Hadhari kononnya konsep itu termasuk dalam menokok tambah kepada agama.

Namun beliau telah memperkenalkan pula Smart Solat. Adakah ini juga termasuk agenda menukok tambah agama. Berhati-hati lah jangan mengutamakan agenda peribadi daripada kepentingan agama dan rakyat.

Exco Agama kerajaan itu masih tidak yakin dengan cara pengajaran yang dibawa oleh Islam dalam bab solat. Jangan angkuh dengan kuasa yang ada dan jangan rasa lebih hebat daripada cara yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

MEDIA KEMBALI BERTUGAS DI PARLIMEN

TENANG. Sebelum ini Warga Media agak berang dengan larangan berkumpul dan bersantai di perkarangan bangunan parlimen. Mereka menunjukan ketidakpuas hatian mereka dengan melonggokkan semua alat-alat media di hadapan pintu masuk dewan rakyat.

Namun hari ini keadaan kembali tenang dan kelihatan warga media kembali menjalaskan tugas setelah arahan larangan itu ditarik balik.

Sebenarnya setiap arahan itu mempunyai tujuan yang baik bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan parlimen terjamin.

Apatah lagi akhir-akhir ini dakwaan pihak SAPP mengatakan dua orang ahli parlimen mereka mendapat ancaman dan ugutan.