Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

24 September 2008

PESAKIT MENTAL

Warta Perdana RTM telah menghidangkan laporan khas yang amat menarik. Ia mengenai kisah manusia yang gilakan perhatian. Antara perkara yang ditonjolkan dalam laporan khas itu ialah tanda-tanda penyakit mental. Antaranya suka berfantasi atau berhalusinasi , terasa diri sentiasa betul, gilakan perhatian dan angkuh.

Penyakit ini dilaporkan sering berlaku kepada mereka yang pernah mengalami kekecewaan melampau. Keadaan ini sering berlaku kepada mereka yang pernah berkuasa atau memegang jawatan utama namun kecewa dalam mencapai impian peribadi.

Kajian Pemantauan penyakit di Malaysia mendapati hampir 11 peratus rakyat dewasa mengalami gangguan mental.

Dalam laporan khas itu, Ahli Lembaga Kaunselor Profesional, Profesor Madya. Dr. Mohamed Fadzil Che Din, menjelaskan obsesif adalah satu kecelaruan dalam diri dan tanda-tanda itu boleh dikesan melalui perkataan dan perbuatan.

Tegasnya pesakit kebanyakannya akan berbuat apa sahaja bagi memastikan keinginan yang keterlaluan dicapai. Golongan ini boleh menimbulkan bahaya kerana boleh menjadi agresif dan tidak berfikir panjang dan sanggup menghalalkan apa sahaja perbuatan semata-mata menjayakan keinginan.

Menurutnya, keghairahan untuk mendapatkan melebihi dari yang lain sehingga boleh meminggirkan prinsip dan nilai sejagat. Golongan itu juga suka memperlihatkan sikap degil hingga menimbulkan kesulitan kepada banyak pihak ekoran obses kepada kehendaknya.

Golongan ini boleh menghancurkan diri atau orang lain yang cuba merampas objek yang diingininya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penyakit yang disebutkan itu ada kat seorang pemimpin sebelah sana. orang ni ramai gak pengikut dia siap dengan ketaksuban mereka. walaupun jelas pemimpin ni dah salah tapi tetap juga disokong... HEBAT sungguh....

Sumandak nak maklumkan juga kat Sabah ni pun dah ada yang terjangkit penyakit ni sampai siap keluar parti kononnya nak jaga kebajikan rakyat Sabah.

Tapi hairan masa dulu dia jadi CM di Sabah apa kebajikan yang dia jaga kalo tak keterlaluan dikatakan perut dia dan kroni dia ja kena jaga....

sumandak bayu

Tanpa Nama berkata...

salam


dalam satu artikel (tak ingat tarikh)peratusan rakyat malaysia kini yang mengidap penyakit tersebut semakin meningkat...

puncanya diri sendiri yang semakin jauh dengan Pencipta.

zetiakhtar@yahoo.com