Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

13 Jun 2010

Kereta Dihempap Pokok

video

Bencana Alam.. Hujan Ribut

13 Jun 2010 Ahad 6.30 pm - Hujan Ribut.. melanda kawasan Kota Damansara. banyak umah, kereta dan harta benda yang rosak. hanya 4 minit telah merosakan segala2 nya.
video

04 Januari 2010

ALLAH s.w.t


Akhbar Katolid HERALD berjaya menggunakan perkataan ALLAH melalui keputusan hakim Datuk Lau Bee Lan di mahkamah tinggi, KL. -awani 31 Dis 09

Ulasan..

1. Mufti Perak menganggap keputusan itu satu penghinaan kepada Islam. -tv1 1 Jan

2. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran. Jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini. -SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily)

3. Ketua Pembangkang Selangor (BN) Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo berkata dalam blognya "Keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendakwah Kristian di negara ini menggunakan nama Allah sebagai terjemahan daripada God dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka sangat menyedihkan dan pada hemat saya mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan. Apakah keputusan Mahkamah ini juga membatalkan keputusan Tun Dr Mahathir Mohada dan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang agama lain dari menggunakan perkataan Allah, Kaabah, Solat dan Baitullah?"

4. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang mengeluarkan fatwa bahawa kalimah Allah adalah hak Kristian. -www.youtube.com

5. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengadakan sidang media menyifatkan sesiapa yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar Khatolik herald, akan menjadi syirik dan terpesog aqidah dan dianggap mereka yang ada ‘ short wire ’. -awani 5Jan

6. Lajnah Politik PAS Pusat telah membuat keputusan perkataan Allah boleh digunakan oleh semua agama samawi. Kenyataan itu disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat. -awani 5Jan.

7. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sekalipun pengunaan kalimah Allah oleh agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi dibenarkan namun beliau bimbang ia boleh disalahguna. -AgendaDaily 3Jan

8. Semasa perbahasan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, Datuk Taib Azamudden dengan hujah berdasarkan dalil yang kukuh dan ilmu yang ada pada dirinya menegaskan, bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan) yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

9. Sebanyak 50 aduan polis telah dibuat oleh orang perseorangan, UMNO dan parti politik serta NGO berkaitan isu itu. -tv1 4Jan
10. Kementerian Dalam Negeri (KDN)..
Isnin, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald.
Selasa, kementerian itu akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember."Notis penangguhan pelaksanaan perintah itu akan difailkan esok di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur manakala notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini," kata Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said semasa dihubungi Bernama. -AgendaDaily4 Jan
11. 25 PERKATAAN seperti ALLAH dan 10 PERBAHASAN seperti ALLAHU AKBAR tidak boleh digunakan bukan Islam secara lisan atau bertulis, termasuk dibawah ENAKMEN AGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DIKALANGAN ORG ISLAM) 1988 yang boleh didenda tidak lebih RM3000 atau penjara 2 tahun atau kedua2nya sekali. Enakmen itu telah diguna pakai oleh 10 Negeri termasuk Selangor kata Pengarah JAIS -Sinar 15 Jan
12. Laporan polis terhadap Khalid Samad Ahli Parlimen PAS Shah Alam dibuat oleh Persatuan Kebajikan Shah Alam (Perkasa) krn khalid mengkritik dlm kenyataannya di portal berita Malaysiakini terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menerima perintah drpd Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang bukan Islam guna kalimah Allah. -agenda daily 15jan
13. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam sidang akhbar beritahu modus operandi bakar gereja Di ...Desa Melawati jam 12 tgh malam ( terbakar) dan dua lagi di PJ 4 pagi dan Damansara 9 pagi ( tak terbakar) ialah orang tak dikenali naik motor lempar bom api. -Agenda daily 8 Jan
14. Laporan Polis juga dibuat oleh Pemuda UMNO Shah Alam terhadap Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen PAS Kota Raja krn dlm laman blognya http://drsitimariah.blogspot/ menuduh UMNO menjadi dalang membakar gereja. -agenda daily 15 Jan