Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

10 September 2008

ATM bimbang isu kaum timbulkan huru-hara

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal mengingatkan bahawa isu perkauman yang ditimbulkan oleh ahli- ahli parti politik pada masa ini boleh menjurus kepada keadaan huru-hara.

Beliau berkata, pasukan tentera amat bimbang dengan senario itu dan menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan isu perkauman tersebut. Menurutnya, isu perkauman merupakan antara ancaman yang mampu mengganggu-gugat keselamatan negara.

Pada majlis yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan polis sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai kemungkinan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau mengulas dalam majlis penyerahan 6,000 bungkusan sumbangan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

utusan malaysia

1 ulasan:

anak-malaya berkata...

Ahmad Ismail digantung keahlian UMNO 3 tahun

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini telah mencetuskan kontroversi dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum digantung keahlian dan dilucutkan hak-haknya di dalam parti selama tiga tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, MT turut memutuskan bahawa parti komponen Barisan Nasional yang lain harus mengenakan tindakan tegas jika ahli mereka turut melakukan perkara demikian (menyentuh sensitiviti kaum). - Utusan