Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

15 September 2008

Pembohongan Di Bulan Ramadhan

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya dibentuk pada 16 September 2008, terbukti hanyalah satu pembohongan kepada rakyat dan tidak mungkin menjadi kenyataan.

Beberapa pihak yang dihubungi hari ini menyifatkan ia tidak mungkin wujud dan hanya bertujuan sebagai perang psikologi bagi melemahkan kerajaan dan menyusahkan rakyat.

Sebelum ini, Anwar berulang kali mencanangkan pakatan pembangkang akan mengambil alih kerajaan pada 16 September ini. Berikutan itu juga, lima pemimpin PKR ke Taiwan bagi memujuk anggota Parlimen BN yang sedang dalam rangka lawatan ke negara itu untuk menyertai mereka.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan yang digembar- gemburkan oleh Anwar esok belum menunjukkan apa- apa yang nyata sehinggalah ke hari ini.
"Janganlah nak jadi Mat Jenin, kerana selagi kerajaan baru tidak berteraskan Islam, Pas tidak akan berkompromi. Tidak kiralah sama ada Anwar atau sesiapa pun yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini adalah pendirian saya sebagai Presiden Pas'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al-Habshee menegaskan, kerenah Anwar itu akan membuang masa semua pihak dan akan melemahkan ekonomi negara kerana membimbangkan pelabur.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pula berkata, rakyat negara ini telah diperbodohkan oleh PKR yang kononnya pakatan pembangkang akan membentuk kerajaan baru esok. Rakyat perlu menilai PKR kerana peralihan kerajaan sepatutnya dilakukan secara demokrasi seperti melalui pilihan raya.
-Utusan

1 ulasan:

anak-malaya berkata...

“Tiga perkara yang jika terdapat salah satu daripadanya, bererti terdapat tanda munafiq sekalipun ia berpuasa, bersembahyang, menunaikan haji, umrah dan mengakui dirinya seorang Islam iaitu apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia memungkirinya dan apabila diamanahkan ia menggkhianatinya” (Riwayat Abu al-Syeikh).

Dari Ibnu Umar r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Perumpamaan orang munafiq seperti seekor kambing betina yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Sekali ia hendak mengikut yang ini, kali yang lain pula hendak mengikut yang itu.” (Muslim)