Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

12 September 2008

Tiga Ditahan ISA

KUALA LUMPUR 12 Sept. – Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ( ADUN Kinrara dan Ahli Parlimen Seputeh DAP )Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dihubungi lewat malam tadi mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka dibuat mengikut Seksyen 73 (1) ISA 1960 yang membolehkan mereka ditahan sehingga 60 hari.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana mengancam keamanan, ketenteraman awam, menimbulkan isu berbaur perkauman dan kebencian rakyat, termasuk di kalangan umat Islam negara ini.

Teresa, 44, ditahan Polis ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini. Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau. Dan turut dilaporkan cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Raja Petra, 58, ditahan pada pukul 1.10 petang ini oleh Polis di rumahnya di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor. Beliau ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.

Tan Hoon Cheng, 33, ditahan pada pukul 8.40 malam oleh polis di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini. Laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu. Dan akhbar Sin Chew Daily diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri.

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
-Utusan Malaysia dan Berita Harian

2 ulasan:

ANAK MALAYA berkata...

Sehari sebelum itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung penyiaran artikel sama.

-BH

Tanpa Nama berkata...

Askm,

Terima Kasih Kepada Polis kerana tegas.

Teresa memang sepatut nya ditahan kerana banyak sangat menjadi pencetus kepada perbalahan rakyat.

Seperti sedia maklum menjadi dalang dalam isu,

1. Projek Khinzir Raksasa (PKR) di kawasan melayu Sepang.
- Seolah2 tidak menghormati Orang Islam
2. Menyokong bantahan azan menggunakan pembesar suara di masjid / surau kawasan Puchong.
- Seolah2 tidak menghormati Islam agama rasmi persekutuan.
3. Pendesak menarik 10 peratus hak pelajar melayu di UiTM
- Seolah2 mempertikai hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra.
4. Pendesak tulisan jawi dihapuskan atau ditukar dengan tulisan cina dan india di papan tanda kawasan Kuala Lumpur.
- Seolah2 mempertikai bahasa melayu bahasa kebangsaan.

abd rahman