Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

29 September 2008

AidilFitri disambut 1 Oktober

KUALA LUMPUR 29 Sept — Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada Rabu, 1 Oktober, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 1 Oktober 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. - Bernama

***************************************************

Sejarah Hari Raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua Hari Raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua Hari Raya yang mereka sambut itu, mereka segera menjawab bahawa dua Hari Raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Dari Anas berkata, sabda Rasulullah s.a.w. : Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua Hari Raya yang kamu raikan itu dengan dua Hari Raya yang mempunyai kebaikan iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri’’
(Riwayat Al-Iman Abu Daud)

Berdasarkan hadis itu jelas menunjukkan bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah merupakan perayaan keagamaan. Ini bermakna hari raya hendaklah disambut dan diraikan berlandaskan ajaran agama dan ia merupakan satu ibadat.

2 ulasan:

anak-malaya berkata...

Rumah Terbuka PM di PWTC

KUALA LUMPUR 29 Sept — Jamuan Perdana Hari Raya Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta menteri-menteri kabinet akan diadakan di PWTC di sini pada hari pertama Aidilfitri.

Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Yaakob Mohammad berkata, lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir.

Tempoh pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari adalah untuk tetamu jemputan manakala waktu kunjungan bagi orang ramai ialah dari pukul 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang. - Bernama

zeti berkata...

salam...

begitu pantas rasanya bulan ramadhan ini berlalu...sedih sebab tak rebut peluang yang ada dengan sebaiknya...

kepada sume forumer salam lebaran buat sume. semoga kemeriahan syawal ini dipenuhi dengan kesyukuran.