Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

10 November 2008

Perhimpunan Haram Sambut BERSIH

PETALING JAYA 10 Nov. - Polis menahan 23 orang termasuk beberapa pemimpin pakatan pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan haram di hadapan Dewan Sivik, Petaling Jaya di sini malam tadi. Perhimpunan itu bermula kira-kira 9.30 malam dengan majlis memasang lilin sempena sambutan ulang tahun pertama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan adil (Bersih).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, "perhimpunan yang disertai oleh kira-kira 200 orang itu diadakan tanpa permit justeru pihak polis terpaksa datang untuk meleraikannya."

"Mereka semua ditahan untuk diambil keterangan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerana disyaki terlibat dalam perhimpunan haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mereka yang ditahan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng serta seorang juru video Malaysiakini, Shukri Mohamad.

Menurut Khalid, perhimpunan tersebut berjaya disuraikan kira-kira pukul 12.30 pagi ini dengan aman tanpa melibatkan kekerasan.‘‘Polis bertindak mengikut etika dan profesionalisme dalam mencegah perhimpunan itu,’’ jelasnya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pakatan pembangkang dilihat semakin tidak berkualiti terutama dalam mengendalikan perhimpunan sambutan ulang tahun BERSIH.

Walau pun Pakatan Pembangkang telah mempunyai kerajaan namun masih tidak mampu untuk mengadakan program mengikut peraturan dan undangan-undangan malahan seperti mengajar rakyat untuk melanggar undang-undang.

Pening-Pening