Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

15 Julai 2008

UMNO DAN PAS PERLU BERMUZAKARAH

Dua parti melayu UMNO dan PAS - perlu sentiasa duduk semeja dan bermuzakarah demi kepentingan bangsa Melayu di negara ini.

Pemimpin kedua-dua parti perlulah meletakkan kepentingan agama dan bangsa terlebih dulu daripada kepentingan politik masing-masing.

Muzakarah ini penting bagi memastikan nasib bangsa Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh pihak lain kerana dinaikkan semangat oleh pemimpin PKR yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia.

Oleh kerana pihak lain melihat ada pemimpin Melayu yang memperlekehkan segala agenda Melayu termasuk memperjuangkan nasib Melayu, maka mereka bertindak dengan membuat sesuka hati termasuk membuat forum kontrak sosial dan Ketuanan Melayu. Mereka mula mempersoalkan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Pemimpin UMNO dan PAS perlu duduk semeja memikirkan apa yang terbaik untuk bangsa Melayu sekarang agar mereka tidak terus dihina dan diperlekehkan. Fikirlah dengan matang demi untuk maruah dan martabat bangsa Melayu.

Jika kedua-dua parti itu bergabung, negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh pembangkang boleh dikembalikan kepada Barisan Nasional dan mengelakkan kerajaan negeri dikawal oleh DAP yang ibarat seperti buaya yang membuka mulut yang besar. Habis tanah di Perak diagih-agihkan untuk kepentingan pihak tertentu. Peraturan pemilikan tanah juga diubah. Buaya ini menerima arahan daripada Perak dan Pulau Pinang untuk membina ketuanan cina dan india di Malaysia.

1 ulasan:

Awanama berkata...

kenapa mca, gerakan dan dap disebalik tabir boleh duduk semeja dan berbincang demi bangsa mereka tetapi tidak boleh bagi UMNO dan PAS.

Mereka berbincang apakah yang perlu diperjuangkan untuk bangsa mereka melalui MCA dalam BN dan DAP dalam Pakatan Pembangkang. Walau pun perjuangan melalui parti yang berbeza tetapi keuntungan nya tetap untuk bangsa mereka.