Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

03 Julai 2008

DEMONSTRASI atau RUSUHAN

HURU-HARA. Demonstrasi jalanan di Malaysia sudah mula bertapak menjadi fenomena biasa. Ia akan berlangsung ketika terjadinya sesuatu perkara yang dikatakan membabitkan kepentingan pihak tertentu dan awam sebagai cara meluahkan perasaan ketidak puas hatian mereka. Sesuatu perhimpunan yang dibuat biasanya memang tidak akan mendapat kebenaran ataupun permit daripada pihak polis. Oleh itu, wajarlah ia dipanggil perhimpunan haram.

Namun kebiasaan nya demonstrasi jalanan ini akan bertukar menjadi rusuhan yang teruk apabila berlaku pertembungan diantara kumpulan demonstrasi dan pihak penguatkuasa. Kesannya amat merugikan semua pihak dan diantara nya berlaku huru hara di sekitar kawasan berlangsungnya demokrasi itu, terjejas aktiviti harian penduduk dan para peniaga, berlaku kesesakan jalan raya, berlaku banyak kerosakan harta awam dan harta peribadi, menghasilkan tanggapan yang yang buruk kepada imej negara dan sebagai nya.

Dalam Berita Harian Online pihak Polis telah memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan anjuran Pakatan Pembangkang di padang berdekatan Amcorp Mall, di Petaling Jaya, Ahad ini. Perhimpunan haram ini diadakan di antaranya untuk membantah dan memprotes kenaikan harga minyak yang berlaku bulan Jun yang lalu.

Rakyat Malaysia yang rasional tidak akan menjadikan diri mereka sebagai alat dan batu loncatan kepada Pakatan Politik yang gilakan kuasa itu dalam menganjurkan atau menyertai demonstrasi jalanan yang hanya akan mendatangkan masalah kepada rakyat dan negara. Biarlah Pakatan Politik itu dengan kegilaan mereka, kerana ia tidak lebih daripada agenda peribadi untuk mengejar kuasa dan kekeayaan dunia.

Demonstrasi bukan penyelesaian kepada masalah yang menimpa, sebaliknya bantulah kerajaan melalui saluran rasmi yang tersedia luas untuk memberi pendapat dan pandangan serta kerjasama dalam memperjuangkan agama, rakyat dan negara.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun tak tahu kenapa orang ramai boleh menyertai rusuhan atau demokrasi sedangkan mereka tahu kesan yang akan berlaku.. apa guna ada pembangkang dan saluran2 disediakan kalau tak pandai menyampaikan pandangan dan bantahan.

saya cukup marah kalau demokrasi itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya.. pemimpin pembangkang bukan peduli akan berlaku masalah kepada rakyat yang nak keluar mencari rezki.

rakyat melayu