Semua persiapan untuk mengadakan Debat 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) malam esok berjalan lancar.
Pengarang Agenda Daily, Sdr Hanafiah Man, yang ditemui oleh Dunia Tiger berkata pihaknya telah mengadakan persiapan rapi terutama dalam memastikan debat itu berjalan sepertimana yang dirancangkan.
Ini termasuk penyiaran oleh empat stesen televisyen iaitu TV9, ASTRO Awani, Bernama TV dan TV3 yang akan menyiarkan siaran tertunda.
"Aspek paling penting ialah keselamatan. Kita telah membuat persiapan rapi berhubung dengan aspek ini. Kita juga telah meminta kedua-dua pihak untuk tidak membawa penyokong ke tempat berlangsungnya acara debat ini kerana semua berpeluang mengikuti debat ini yang disiarkan secara langsung melalui televisyen," katanya.
Hanafiah juga memaklumkan, kedua-dua pihak telah menyerahkan senarai 50 tetamu masing-masing yang akan menghadiri debat itu dan hanya mereka dibenarkan masuk ke dewan berkenaan.
Katanya, walaupun ramai yang memohon untuk hadir tetapi pihak Agendadaily.com tidak dapat memenuhi permintaan itu bagi memastikan kelancaran program itu. -DUNIA TIGER
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Best juga debat ni.. baru lah kita dapat penjelasan daripada kedua-dua pihak dalam satu program..
perdebatan orang2 kuat.. Anwar dan Shabrey.. yang penting akan menghasilkan keputusan yang dapat membela rakyat.
man sg. buloh
Catat Ulasan