![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC2SIACLWBH7Ut1IMqFVhTruqBG87anAzmxltfvi7OB8RjlioLEVwmaQABS4sm3YfI23GjqJELtFl7daMHfoUBv3sTHCrhdnl2ZjY9YbLKBJluSAGG-4t6OnFfHi0bszpwY6EoX2OEUWO5/s320/temp_highlight09-8.jpg)
" Saya percaya bahawa kesemua 8 Nilai 1Malaysia – Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti – paling penting kepada usaha bersama kita untuk menambah nilai kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Tiada mana-mana satu Nilai yang boleh dipenuhi dengan meninggalkan yang lainnya untuk membentuk 1Malaysia yang sebenar-benarnya. Sungguhpun kesemua Nilai ini telah lama dididik dalam budaya kita, penerapan Nilai-nilai ini mesti diperbaharui. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar menanam dan memupuk semua Nilai-nilai ini dalam amalan dan tindakan harian kita bukan sahaja di kalangan rakan dan taulan serta keluarga, malah juga di tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya."
Kata Dato` Sri Mohd Najib dalam blognya http://www.1malaysia.com.my/ dan dalam laman web rasmi PM http://www.pmo.gov.my/