Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

05 Julai 2008

POLITIK : FITNAH bermaharajalela

Bermubahalah atau Bersumpah la. Fitnah memfitnah semakin menjadi-jadi dan bermaharajalela di tanah air kita terutama dalam dunia politik. Walau pun dalam agama rasmi negara (ISLAM) menegaskan bahawa dosa fitnah itu amat besar dan diumpamakan dosa itu lebih besar daripada dosa membunuh tetapi fitnah memfitnah ini tetap menjadi budaya negatif yang diminati oleh ahli-ahli poltik tanah air terutama pihak pembangkang.

Seperti sedia maklum bahawa pakatan pembangkang berceramah di seluruh pelusuk tanah air menyampaikan isu-isu tertentu kepada rakyat bertujuan untuk mendedahkan kelemahan pihak pemerintah dan bertujuan untuk mengalihkan sokongan rakyat kepada mereka. Namun lama kelamaan dalam keghairahan membelasah pihak lawan tanpa disedari isu yang dilemparkan itu sebenarnya fitnah semata-mata kerana keputusan yang dilemparkan itu rupa-rupanya melangkaui keputusan sebenar samaada daripada pihak tuan diri, penguatkuasa atau mahkamah. Pada permulaan fitnah itu berlaku secara tidak sengaja tetapi lama-kelamaan setelah dilihat kesannya amat manguntungkan dalam dunia politik maka budaya fitnah itu menjadi pilihan utama sebagai senjata penting yang amat berguna.

Oleh itu terbukti jelas bahawa pakatan pembangkang merupakan penyumbang utama dalam menyuburkan budaya fitnah yang bertapak dalam dunia politik tanah air. Jika budaya negatif ini terus dibiarkan sebati dalam dunia politik maka kesan nya akan memberi contoh dan ikutan kepada seluruh rakyat dan tidak pelik suatu hari nanti rakyat dan negara Malaysia sudah tidak lagi dipercayai oleh dunia luar kerana terkenal dengan muka munafik dan penabur fitnah.

Maka dalam isu2 terbaru seperti Anwar Meliwat Saiful yang boleh dianggap fitnah sebelum diputuskan oleh pihak mahkamah, elok lah beliau menurut pandangan mufti perlis supaya beliau bersumpah sebagai pengakuan dan pendirian beliau sementara menunggu keputusan sebenar oleh pihak mahkamah. Jika takut bersumpah maka peratus keberangkalian isu itu betul lebih besar.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata “saya meminta mereka bermubahalah iaitu bersumpah laknat dengan lafaz ( Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya. Jika saya melakukan nya, laknat Allah kepada saya ) dan bersumpah menyebut ( Waallahi, Wabillahi, Watallahi saya tidak melakukan nya )”. Beliau juga mengatakan “Dalam Islam , peribadi seseorang tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Tetapi dalam politik Malaysia sekarang mereka berlumba-lumba mendedahkan aib orang” Petikan Utusan Malaysia, 4 Julai 2008.

Tetapi bagaimana pula orang yang mendedahkan aib sendiri untuk kepentingan politik?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya pun tidak faham kenapa pakatan pembangkang suka memandai-mandai mendahului pihak mahkamah jika isu itu masih dalam perbicaraan. Dan menjadi persoalan kenapa yang dituduh membiarkan diri difitnah dan tidak membuat laporan polis atau membawa ke muka pengadilan.

Saya berharap semua pihak perlu mengambil berat membanteras budaya fitnah yang semakin menjadi-jadi di tanah air kita.

orang muda