Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

20 Julai 2008

PERSIDANGAN : JAWATAN ATAU PERJUANGAN?

Anggota UMNO yang mula bermesyuarat perlu memberi tumpuan kepada usaha membantu bangsa melayu dan rakyat negara ini menghadapi tekanan daripada kenaikan harga minyak dan harga barang ketika ini. Ini lebih penting daripada berpolitik yang tidak sihat.

Janganlah mengadakan mesyuarat semata-mata untuk membincangkan jawatan dalam parti. Sedangkan perkara usul dan cadangan adalah lebih penting kerana merupakan saluran suara akar umbi.

Rakyat negara ini memerlukan pembelaan bagi meringankan beban mereka kerana kenaikan harga minyak global telah memberi kesan kepada mereka. Segala bantuan oleh kerajaan sudah tentulah dapat meringankan beban rakyat, namun bergantung kepada pemimpin politik parti yang memerintah yang menjadi kunci kepada setiap perubahan dan tindakan kerajaan.

Sebagai contoh Datuk Noh Omar akan menubuhkan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) adalah usaha yang baik untuk membantu rakyat di seluruh negara membabitkan diri dengan koperasi yang mampu membantu mereka menghadapi tekanan daripada kenaikan harga barang.

Seperti yang dinyatakan oleh Paklah, koperasi digunakan oleh kerajaan untuk menghadapi masalah kenaikan harga barang pada tahun 1970an dulu yang sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat terutama di kampung.

3 ulasan:

Awanama berkata...

asyik pikirkan jawatan parti sehingga kan tidak berminat untuk mengambil tahu perkara lain.. sedangkan krisis yang berlaku sekarang telah memberi kesan dan membebankan semua.. Apa dah jadi..

man koboi

Awanama berkata...

Pemerhati perjalanan persidangan mengatakan bahawa rata2 persidangan tidak mempunyai usul dan perkara berbangkit..

jelas menunjukkan bahawa persidangan diadakan semata-mata untuk mendapatkan jawatan..

Suara perjuangan dan suara akar umbi sudah tidak ada lagi..

waris_bumi

Awanama berkata...

Bagaimana sekiranya usul cuma tinggal usul?

Usul dari cawangan akan berkepuk dalam reban, sebaliknya usul bahagian akan 'BERGEMA' di samping dicadang, disokong, di bahas dan di sokong oleh ahali-ahli tertentu yang sudah ditetapkan. IA SEMACAM MENGIKUT SKRIP DRAMA PENTAS YANG SUDAH SEDIA ADA PELAKON DAN TENTUNYA PENGARAH AGUNG?.

Rasanya! tak payahlah cawangan-cawangan susah-susah?.