Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

21 Disember 2008

Sultan Selangor Dukacita Kanak-Kanak Diekploitasi

PETALING JAYA 20 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasi kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, titah Sultan Selangor itu disampaikan kepadanya sebelum baginda berangkat ke luar negara kemarin.

Beliau berkata, baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mengarahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

Kemarin, sebuah kumpulan tidak berdaftar yang menggelarkan diri mereka Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menggunakan remaja dan kanak-kanak untuk menyertai kempen berbasikal ke bangunan Parlimen.

Menurut Khalid, sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Tegasnya, tindakan demi keamanan dan keselamatan negara akan diambil mengikut Seksyen 27 Akta Polis dan Seksyen 32 (b) Akta Kanak-kanak 2001. -

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin hari semakin menjadi-jadi mainan politik..

sebelum ni kita melihat seolah-olah majlis peguam telah bertukar menjadi parti politik dalam beberapa isu yang ditimbulkan.

sekarang ini pula kanak-kanak pula dijadikan alat.

akan datang tak tahu apa pula akan berlaku.. satu persatu mainan yang merosakkan..

eden poning