PULAU PINANG 1 Dis. – Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kesal dengan maklumat papan informasi yang ditampalkan di sekitar Georgetown di sini kerana ia menafikan sejarah perkembangan Islam di negeri ini selain menggambarkan nilai sejarah yang negatif mengenai Pulau Pinang.
Apa yang lebih menyedihkan ialah kawasan yang menjadi tapak sejarah perkembangan Islam di negeri ini tidak dinyatakan pada papan informasi itu tetapi pihak berkuasa memaparkannya sebagai sebuah kawasan pelacuran suatu ketika dahulu.
Yang Dipertua MAIPP, Shabudin Yahaya menyifatkan papan-papan tanda itu secara sengaja mengetengahkan isu pelacuran sekali gus memalukan rakyat negeri ini di mata pelancong asing.
“Papan informasi tersebut diletakkan di banyak tempat di sekitar kawasan Lebuh Acheh, Lebuh Campbell dan Lebuh Buckingham. Kawasan-kawasan itu sememangnya dikenali sebagai tempat perkembangan ilmu, pendidikan, perdagangan serta pusat perkembangan ibadat” katanya di sini hari ini. Utusan Malaysia Online
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Itu lah hakikat nya pemerintahan orang kafir.
Kejadian itu membuatkan saya teringat bagaimana umat Islam di patani berhadapan dengan kerajaan thai yang memutar belitkan sejarah masjid kerisik patani.
Sejarah asal masjid kerisik itu telah dibakar oleh kerajaan siam dalam peperangan kerajaan siam menyerang negara islam patani darul salam. Kerajaan Thai cuba mereka sejarah masjid kerisik itu yang konon nya masjid itu terbakar dipanah petih ekoran kisah cinta seorang raja dan puteri. kerajaan Thai cuba mereka sejarah untuk menjadikan tempat itu salah satu distinasi pelancongan negara.
Catat Ulasan