KUALA LUMPUR, 14 Dis - Satu debat bertajuk Transformasi Politik Malaysia akan diadakan pada 20 Disember ini di Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan.
Debat berbentuk wacana tersebut membariskan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin, Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Husam Musa dan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari serta dipengerusikan Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
Program anjuran Penerangan PAS Kelantan itu dijangka akan menjadi medan isu-isu semasa membabitkan peralihan kuasa dalam Umno, negara serta isu-isu tentang perlembagaan negara. Wacana tersebut dijangka bermula pada jam 9.00 malam dan orang ramai dijemput hadir bagi mengikutinya.
Harakahdaily Sun Dec 14, 08
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Harapan kami agar debat itu menjadi debat yang sihat bagi mencari kebenaran dan bukan nya pentas menghentam mana-mana pihak atau bertujuan kepentingan politik samaada untuk pememlihan UMNO pada Mac atau pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Ore Berek 12 KB
Catat Ulasan