KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang ramai agar tidak menggunakan blog untuk memperlekehkan orang lain tetapi perlu bijak dan adil semasa menulis.
Beliau berkata oleh kerana penulisan dalam blog tidak boleh ditapis, jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh menyinggung perasaan orang.
“Blog memberikan anda peluang untuk menyatakan sesuatu dengan menggunakan perkataan anda sendiri dan anda dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa apabila anda berulang kali menulis, anda akan lebih mahir."
“Pada pandangan saya, menulis blog dalam Internet adalah satu peluang untuk orang belajar bagaimana untuk menulis.” katanya.
Dr Mahathir menandatangani buku terbaru beliau yang dihasilkan berdasarkan blog beliau bertajuk ’Chedet.com - Blogging to Unblock” dan biografi bergambar bertajuk “Mahathir Mohamad: An Illustrated Biography” di sini hari ini. Beliau menandatangani kira-kira 100 buku berkenaan pada majlis itu. Hampir 9,000 naskhah ’Chedet.com - Blogging to Unblock’ dicetak setakat ini dengan dua cetakan baru, sejak dilancarkan pada 17 September. Buku itu berharga RM25 senaskhah. -Berita Harian
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
5 ulasan:
Blog ini menjadi salah satu saluran untuk kita berkongsi pendapat dan pandangan dengan orang ramai mengenai setiap perkara..
Masing2 mempunyai pandangan sendiri..
Inilah yang dinamakan bijak!
Engkau membuat analisa keputusan PRU 12 mengikut jumlah mereka yang akan masuk syorga dan yang tidak masuk syorga!
Pilihan Raya Umum Ke-12
Kerusi PARLIMEN - 222
Barisan Nasional - 140 ( Muslim 89, Kafir 51 )
Pembangkang - 82 ( Muslim 43, Kafir 39 )
UMNO Nak terus mwemerintah tetapi memandang serong dan sepi rakan yang bukan sehaluan dengannya.
Engkau ni belum tentu masuk syorga lagi! Sebab engkau memilih party yang taksub dengan rasuah..
menyertai UMNO tak semestinya setuju dengan rasuah.
rasuah tetap haram.. kita sesama perlu membanteras rasuah. terbukti pemimpin UMNO telah luluskan suruhanjaya rasuah.
sebenarnya engkau yang akan masuk neraka kerana menyokong pembangkang.. pembangkang menghalalkan zina.. yang menganggap zina sebagai sedekah.
Engkau akan terus kondem orang lain masuk neraka.
Yang menentukan hanya Allah SWT.
Askm HHunter..
Hehe.. Yeka.. Betul tu.. Sorry.. Sebenarnya blog ini hanya nota saya.. untuk simpan apa yang perlu..
kalau tak terlayan komen para blogger tu.. sorry la
Catat Ulasan