Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

23 November 2008

Perhimpunan Haram : Bantah ISA

KUALA LUMPUR 24 Nov. — Polis menahan sembilan orang lelaki, termasuk beberapa pemimpin PAS berikutan suatu perhimpunan yang disifatkan sebagai haram oleh pihak polis di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah, Ampang, dekat sini malam tadi.

Antara yang ditahan ialah Naib Presiden PAS Mohamad Sabu, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamarulzaman Mohammad, Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor Mohd Sani Hamzan dan Ketua Unit Amal Wilayah Saifudin Abdullah dan beberapa orang penyokong.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abd Jalil Hassan berkata polis terpaksa menahan kesemua mereka disebabkan keingkaran mereka untuk beredar dari tempat tersebut. Beliau berkata kira-kira 300 anggota polis termasuk FRU dikerah untuk mengawal keadaan yang dihadiri kira-kira 150 orang penyokong.

Perhimpunan di dataran itu bermula kira-kira 9 malam dianjurkan oleh Gerakan Mansuh ISA (GMI). Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikannya tetapi beliau tidak hadir malam tadi.

1 ulasan:

Awanama berkata...

PAS dilihat masih bodoh dalam pengurusan program.

Walau pun PAS sudah menjadi pemerintah di Selangor namun masih ditangkap Polis ketika menganjurkan program.

PAS dilihat tidak mampu menjadi kerajaan yang baik kerana tidak pandai dalam pentadbiran dan mengajar rakyat melanggar undang-undang.

PAS juga dilihat menjadi alat kepada PKR dan DAP. Dulu mereka memperjuangkan ISLAM tetapi sekarang mereka memperjuangkan PKR dan DAP. Tahniah PAS.

Hadi