Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

12 November 2008

NGO Kafir Pertikaikan Hukum Islam

Kali ini fatwa mengenai pengkid menjadi medan tempur baru. Tidak pernah berlaku kepada umat Islam sebelum ini bahawa fatwa yang dibuat demi kepentingan dan maslahah umat Islam dicabar oleh kelompok tertentu dan kalangan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran keras kepada golongan NGO termasuk bukan Islam agar tidak mencabar kewibawaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana membabitkan hukum berdasarkan sumber nas Quran, sunah, ijmak dan qias.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menjelaskan fatwa yang dikeluarkan itu sebagai panduan bagi menyelamatkan generasi muda melakukan perkara yang dilarang agama.

Tahap keberanian kelompok tertentu dan kumpulan NGO bukan Islam ini sudah melepasi garisan kemarahan umat Islam. Sebenarnya, mencabar Majlis Fatwa bermakna mencabar Majlis Raja-Raja Melayu. Majlis Fatwa dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan mereka diberikan kuasa untuk memberikan garis panduan kepada umat Islam terhadap sesuatu yang tidak ada hukum. -Berita Harian

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan bagi muka..

Demokrasi dan Bertolak ansur sebenar nya ada batasan nya..

Sebelum ihi kita lihat hak-hak kaum melayu cuba dipertikai..

Hari ini hak Islam pula mahu dipertikaikan..

Ini sudah melampau.. Semua orang Islam samaada pemimpin kerajaan atau masyarakat atau pun rakyat perlu bertegas dalam mempertahankan hak Islam dan orang2 Islam..

Jangan asyik berpolitik sampaikan segala2 nya tergadai

Wan