KOTA KINABALU 16 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO Sabah menyambut baik kesedian Dewan Muslimah PAS bekerjasama dengan Sekretariat Pembelaan dan Perkasaan Wanita Islam (SENADA) untuk memperkasa golongan wanita Islam di negara ini.
Ketua Wanita UMNO negeri itu, Senator Datuk Armani Mahiruddin berkata, sudah tiba masanya golongan kaum wanita Islam tidak kira fahaman politik dan kaum untuk mencari kesefahaman dalam menentukan kecemerlangan wanita Islam berada di tahap yang lebih optimum.
Beliau mengulas pertemuan antara Pengerusi SENADA, Shahrizat Abdul Jalil dengan Ketua Dewan Muslimah PAS, Nuridah Mohd Salleh pada sesi dialog SENADA di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata, penyertaan itu adalah detik bersejarah yang membuktikan bahawa Islam merupakan titik penyatuan kepada semua aspek kehidupan walaupun dengan latar politik yang berbeza.
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Bagus la wanita dan muslimah boleh bermuzakarah..
Tetapi kaum adam UMNO dan PAS bila lagi? Gempak ja lebih nak muzakarah.. tapi habuk pun tak ada.. masing2 ego dan pentingkan parti masing2 melebihi kepentingan agama Islam
Wan
Catat Ulasan