Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

05 Disember 2008

Penerima Penyapu Menerima Anugerah Kecemerlangan

Pada tahun lalu anugerah Penyapu telah menjadi bahan polemik hebat sehinggakan sesetengah pihak menganggapnya sebagai satu penghinaan dan membawa sial. Malah tak kurang mengatakan MB bersikap sombong ketika itu. Alhamdulillah kerana niat yang ikhlas, tujuannya yang baik dan mendapat persetujuan semua pegawai kerajaan, maka hasilnya terbukti positif.

Ini dapat dijelaskan bila saudara Tukiman yang masih memegang jawatan Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Selangor, insan yang sama menerima hadiah penyapu pada tahun lalu masih mengetuai jabatan yang sama, mendapat anugerah kecemerlangan negeri Selangor bagi tahun 2007, dengan pencapaian indeks prestasi yang meningkat daripada 47% kepada 94% dan membawa pulang RM 100 ribu.

Alhamdulillah hadiah ini menunjukkan bahawa tohmahan terhadap mantan MB adalah tidak betul. Apa yang dirancang dan laksanakan telah membawa kebaikan. Akhirnya kita melihat Pakatan Rakyat Selangor terpaksa menelan kata-kata mereka sebelum ini kerana pengiktirafan ini dibuat oleh mereka sendiri. Dahulu mereka sendiri mendakwa semangat kakitangan kerajaan berada di tahap rendah, malangnya hari ini mereka pula mengiktiraf "kebangkitan" Majlis Daerah tersebut. bak kata orang tua-tua, bila meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka jua.
http://www.drkhir.com/

1 ulasan:

anak-malaya berkata...

Assalamualaikum

Dulu ketika Isu Penyapu menjadi isu panas, saya juga pening untuk memahami dan membuat kesimpulan kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri.

Kadang-kadang menganggap berlaku nya Isu itu kerana MB tidak perihatin kepada soal maruah diri manusia dan menganggap kakitangan kerajaan negeri pula menjadi pak turut serta tidak berani memberi pandangan yang betul.

Kadang-kadang pula saya menganggap Isu itu diambil kesempatan oleh musuh dalam selimut (Dalam UMNO/BN) dan pihak pembangkang sehingga tumbang nya kerajaan BN Selangor dalam PRU12 yang lalu.

Kadang-kadang juga saya menganggap ada hikmah disebalik anugerah itu kerana telah menjadikan penerima anugerah penyapu itu saudara Tukiman Yang Di Pertua Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai penerima anugerah kecemerlangan negeri Selangor bagi tahun 2007, dengan pencapaian indeks prestasi yang meningkat daripada 47% kepada 94% dan membawa pulang RM 100 ribu.

Kesimpulan nya setiap pendekatan yang diambil atau hukuman yang diberikan mempunyai tujuan tertentu, maka terpulang kepada masing-masing samaada mahu menjadikan perkara itu sebagai pengajaran untuk lebih maju atau bala yang menutup peluang hidup.

"Ada hikmah disebalik nya" hanya berlaku kepada mereka yang menjadikan bala atau musibah itu sebagai cabaran dan ujian kehidupan.