Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

28 Disember 2008

Tahun Baru Islam 1430 Hijrah

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada allah s.w.t dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasalah kita beristiqomah dengan sunnat rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita akan termasuk didalam golongan orang yang mendapat syafaat dihari akhirat kelak.

Umat islam dinegara kita khususnya sekali lagi akan menyambut salah satu hari kebesaran islam iaitu Maal Hijrah yang jatuh pada 1 Muharam setiap tahun hijrah.

Secara lazimnya,sambutan Maal Hijrah ini diadakan secara besar-besaran diseluruh negara dengan mengadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah,forum dan sebagainya sempena memperingati peristiwa bersejarah penghijrahan rasulullah s.a.w daripada mekah ke madhinah munawarah.

Kisah penghijrahan ini sebahagiannya telah dirakamkan oleh allah s.w.t didalam al-quran surah at-taubat ayat 40:
"Kalau kamu tidak menolongnya (nabi muhammad) maka sesungguhnya allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di mekah) mengusirnya (dari negerinya mekah) sewaktu dia menjadi salah seorang daripada dua (sahabat) yang berlindung didalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya,"Janganlah engkau berdukacita,sesungguhnya allah bersama kita".

Sesungguhnya peristiwa hijrah rasulullah s.a.w ke kota madhinah memberikan pengertian yang amat mendalam kepada umat islam,bermula dengan kesukaran dan keperitan menempuh padang pasir yang panas membakar dan diburu oleh kaum quraish mekah sehinggalah kepada terbentuknya sebuah negara islam madhinah yang berdaulat.Kebijaksanaan rasulullah s.a.w mengurus tadbir masyarakat madhinah ketika itu telah dapat menyatukan kaun Aus dan Hajrat yang sering bertelagah sesama sendiri.

Rasulullah s.a.w telah bersabda didalam sebuah hadis yang bermaksud:
"Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota mekah, tetapi hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa), dan apabila dipanggil untuk berjihad hendaklah kamu bersiap sedia".

2 ulasan:

anak-malaya berkata...

Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut Tahun baru Islam.

Semoga Awal Muharam 1430 Hijrah ini akan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang lebih baik dalam melaksanakan segala suruhan nya dan meninggalkan segala larangan nya.

anak-malaya berkata...

Pengajaran..

Sesungguhnya peristiwa hijrah rasulullah s.a.w ke kota madhinah memberikan pengertian yang amat mendalam kepada umat islam (Sesungguhnya sejarah pemimpin UMNO berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah kafir amat memberi pengertian yang amat mendalam kepada rakyat malaysia)

bermula dengan kesukaran dan keperitan menempuh padang pasir yang panas membakar dan diburu oleh kaum quraish mekah sehinggalah kepada terbentuknya sebuah negara islam madhinah yang berdaulat. (Bermula mendapat tentangan org kafir cina berfahaman komunis.. penjajah barat yang mahukan malayan unian.. tuntutan pendatang cina dan india nak jadi warga negara dan sebagai nya.. akhir nya berjaya membentuk negara tanah melayu yang merdeka.

Kebijaksanaan rasulullah s.a.w mengurus tadbir masyarakat madhinah ketika itu telah dapat menyatukan kaun Aus dan Hajrat yang sering bertelagah sesama sendiri. (Kebijaksanaan presiden UMNO yang mejadi perdana menteri pertama pada masa itu telah menyatukan umat islam melayu dan kafir cina dan india serta dapat meletakan beberapa perkara dalam perlembagaan negara.. islam sebagai agama rasmi.. hak istimewa orang melayu dan bumiputra.. bahasa melayu (rumi dan jawi) sebagai bahasa kebangsaan.)

So sekarang generasi sekarang perlu terus mempertahankan dan malah menambah baikkan semua itu sebagai menyahut seruan maal hijrah.. kearah membentuk negara islam yang lebih baik.