KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.
Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Beliau menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemulian dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.
Katanya juga, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong serta cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suasana harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.
Berita Harian 17 Oktober 2008
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
1 ulasan:
Askm
Sebelum ini kita melihat terdapat pihak yang cuba mempertikaikan kontrak sosial samaada melalui forum atau saluran lain.
Yang pelik nya pihak itu terdiri daripada para peguam.. persoalan nya adakah para peguam sekarang buta sejarah?
macam2 ada..
pak long
Catat Ulasan