Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

29 Oktober 2008

Desakan Mansuh EKUITI BUMIPUTRA

KUALA LUMPUR 27 Okt. – MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata kepada pemberita pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di sini hari ini, kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia.

Tiong Lai menambah, sudah tiba masanya merit atau daya saing sesuatu syarikat itu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

**********************************************

MCA Tidak akan berbuat sebegitu jika tidak dicucuk oleh mana - mana pihak. MCA sebagai komponen Barisan Nasional sejak sekian lama, tetapi akhir-akhir ini turut mendesak untuk memansuhkan hak keistimewaan bumiputera.

Mungkin kaum Cina Malaysia sudah bersatu padu dalam usaha mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera di Malaysia. Kerana kenyataan MCA kini lebih kurang sama seperti kenyataan DAP. Walaupun tidak "setajam" DAP, tetapi nadanya sama.

Oleh itu, kaum bumiputra di Malaysia tidak akan bersetuju dengan cadangan MCA yang mahu rakyat Malaysia bersaing didalam bidang ekonomi. Bumiputra mempunyai hak keistimewaan di Tanah Melayu dan tidak boleh disama ratakan dengan kaum-kaum bukan bumiputra.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Dulu, kaum cina dan india memohon simpati kepada penjajah dan kerajaan raja-raja melayu untuk mendapat kerakyatan.

Kini selepas 50 tahun merdeka, mereka mahukan hak samarata sebagai rakyat malaysia pula.

Hebat betul cina dan india.. tak sedar diuntung..

SELAMAT