Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

22 Oktober 2008

Bantah ZAKAT Diagihkan Kpd Orang Kafir

SHAH ALAM 21 Okt. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim (gambar) hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya menyalurkan sebahagian peruntukan zakat kepada bukan Islam di Selangor.

Mohd. Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengemukakan cadangan tersebut ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai salah satu pendekatan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan bukan Islam.

*************************************************************

SHAH ALAM 22 Okt. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri BN mempersoalkan langkah dan cadangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Dr. Mohd. Nasir Hashim itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

Datuk Dr. Satim Diman (BN-Sri Serdang) dan Abdul Shukur Idrus (BN-Kuang) berkata, soal pengurusan wang zakat tidak harus dibangkitkan oleh mana-mana pihak dan dijadikan isu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, wang zakat yang dikumpul adalah untuk diagih-agihkan kepada lapan asnaf yang telah ditetapkan agama Islam.

Sementara itu, Abdul Shukur mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak-hak yang ditetapkan untuk orang Islam.

**************************************************************

KOTA DAMANSARA 22 Okt. - Penduduk sekitar Kota Damansara yang diketuai oleh Pemuda UMNO Bahagian Subang telah berkumpul beramai-ramai di hadapan pejabat YB Adun Kota Damansara bagi menunjukkan bantahan mereka terhadapan cadangan YB Dr Mohd Nasir Hashim itu dan menyampaikan memo bantahan.

Saudara Harison Hasan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang mengatakan tidak sepatut nya wakil rakyat yang beragama Islam memberi cadangan seperti itu. Pemuda UMNO akan terus menjadi suara rakyat dalam mempertahankan hak-hak Islam daripada dipertikaikan dan dikhianati.

3 ulasan:

anak-malaya berkata...

Askm..

Sebagai Orang Islam tidak sepatut nya mengkhianati rukun Islam itu.

Sebagai pemimpin di negara Islam, perlu ambil tahu mengenai agama rasmi negara.

sebagai anggota komponan pakatan pembangkang sepatut nya tanya la PAS dulu sebelum memberi cadangan.

Sebagai orang politik jangan jadikan agama alat untuk kepentingan diri.

anak-malaya berkata...

Askm..

YB Adun Kota Damansara JAHIL & KHIANAT

Tutur kata dan gerak geri kita perlu dijaga agar tidak terjerumus kearah kedosaan, kemungkaran, kesyirikan dan kemurtadan.. serta neraka.

nauzubillahi min zalik.

Tanpa Nama berkata...

ASKM,
DIA BUKA SAJA JAHIL&KHIANAT TAPI SAJA NAK CARI POPORLARITY MURAHAN UTK TARIK PEMGUNDI SAMPAI SANGGUP JUAL AGAMA,BANGSA N NEGARA..