Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

03 Ogos 2008

KeTUANan MELAYU

MESTI CELIK SEJARAH. Ketuanan bukan semata-mata bermaksud tuan kepada hamba, tetapi dalam perkara ini membawa maksud hak. Hak orang melayu yang meliputi agama Islam, keistimewaan sebagai bumiputra dan tanah air. Semua itu telah dimiliki oleh orang melayu bermula daripada zaman pemerintahan beraja sebelum dijajah, zaman ketika dijajah selama 400 tahun lebih dan kini zaman setelah merdeka yang baru berusia 50 tahun.
Pihak pembangkang sama ada berbangsa melayu atau tidak, sama ada beragama islam, munafik atau kafir harbi perlu menyedari hak-hak tersebut yang merupakan kesinambungan daripada zaman berzaman. Jangan mengukur hanya bermula zaman merdeka yang bersyarat oleh penjajah dengan memberi kerakyatan kepada pendatang-pendatang asing berbangsa china yang ketika itu sebagai buroh lombong dan berbangsa india yang ketika itu sebagai buroh kerahan membuat jalan kereta api.
Oleh kerana itu kaum melayu perlu celik sejarah supaya tidak terpedaya dan tertipu dengan putar belit dan helah pihak pembangkang terutama DAP. Walau pun pembangkang diketuai terdiri daripada generasi sebelum merdeka namun mereka sanggup memutar belitkan sejarah dan tidak berterima kasih kepada kaum melayu.
Sebagai orang Islam pula kita diwajibkan agama untuk mempertahankan agama Islam dan hak-hak orang Islam.
Tidak pelik segala-gala nya boleh berubah gara-gara tidak sedar diri dan gilakan kuasa.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gara-gara buta sejarah diri sendiri.. menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan..

Gara-gara tidak kenal diri sendiri.. menyebabkan diri sendiri tidak sedar diuntung..

Gara-gara keegoan dan kesombongan.. menyebabkan diri menjadi "bodoh sombong"

cukup mudah bangsa melayu mengalah dan dijajah dan dipijak..

kusrin

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa atau buat-buat lupa. Agak nya dah boring hidup merdeka dari penjajah. Apa boleh buat dah biasa kena jajah. 400 ratus tahun bukan sekejap. Nak lagi la tu.

hang

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Umno perlu buka mata, apa yang telah kita lakukan untuk generasi akan datang. Jangan leka dan perlu perkuatkan minda serta idea. Fikirkan bersama kenapa begitu ramai pemuda melayu berkejaya memilih pembangkang. Mungkin ada kepincangan dimana2. Pemuda semarakkan kembali api perjuangan bangsa agar anak bangsa ( melayu ) sedar kita ini seperti melukut ditepi gantang.

Tanpa Nama berkata...

bangs melayu kena sedar serta menyedarkan diri sendiri dan jgn jadi alat bangsa lain yang lebih awal utk menjatuhkan maruah,bangsa dan agama. kita bergaduh sesama sendiri bangsa lain tepuk tangan kerna kita melayu mudah diperbodohan... lu fikirlah sendiri nabil... takkan 10% kuota uitm nak cuba digadaikan kpd bangsa lain...