Menguji Kesabaran. Jejambat MRR2 retak sekali lagi. Walau pun sebelum ini telah dibelanjakan sebanyak lebih RM70 juta untuk memperbaiki keretakan.
Warta Jam 5 RTM sebentar tadi melaporkan jejambat MRR2 yang dibuka pada 8 Disember 2006 setelah siap diperbetulkan, dilihat kembali retak pada pagi tadi.
Sehubungan itu, jejambat MRR2 sejauh 1.7 kilometer ditutup semula pada jam 10 pagi untuk kerja-kerja pemeriksaan dan pembaik pulih jejambat.
Harapan kepada Menteri Kerja Raya yang baru agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin. Harapan kepada pengguna jalan raya pula khas nya pengguna laluan jejambat MRR2 itu agar dapat memahi dan bersabar. Penutupan sementara itu untuk keselamatan kita bersama juga.
Aidil Fitri 1433H
12 tahun yang lalu
2 ulasan:
Tutup lagi? Bagus la..
Bagus sebagai pengajaran kepada kerajaan.. supaya buat kerja betul2.. jangan main2..
Bagus sebagai kesedaran kepada rakyat.. jangan serah bulat2 kepercayaan kepada kerajaan.. kena pantau dan menilai..
yus
Pening.. Pening.. Tertekan betul..
Kita sebagai penduduk sekitar jejambat MRR2 tu memang terasa sangat kalau ditutup walau pun sementara waktu.
Nasib penduduk Kepong. asyik terKepong je.
Nak marah pun. kerja2 pembaik pulih itu untuk keselamatan kita juga.
Saya berharap kerajaan dapat mengambil pengajaran dan tidak mengulangi kelemahan ini di masa hadapan dan di tempat lain. Cukup lah rakyat kepong yang menjadi mangsa yang pertama dan terakhir.
Tukar kerajaan pusat pula baru tahu.
Catat Ulasan