Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

07 Mei 2009

" 1 Malaysia " Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.


" Saya percaya bahawa kesemua 8 Nilai 1MalaysiaBudaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Pendidikan dan Integriti – paling penting kepada usaha bersama kita untuk menambah nilai kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun. Tiada mana-mana satu Nilai yang boleh dipenuhi dengan meninggalkan yang lainnya untuk membentuk 1Malaysia yang sebenar-benarnya. Sungguhpun kesemua Nilai ini telah lama dididik dalam budaya kita, penerapan Nilai-nilai ini mesti diperbaharui. Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar menanam dan memupuk semua Nilai-nilai ini dalam amalan dan tindakan harian kita bukan sahaja di kalangan rakan dan taulan serta keluarga, malah juga di tempat kerja dan masyarakat keseluruhannya."
Kata Dato` Sri Mohd Najib dalam blognya http://www.1malaysia.com.my/ dan dalam laman web rasmi PM http://www.pmo.gov.my/

1 ulasan:

Awanama berkata...

askm

tahniah PM baru yg kelihatan bersungguh nak satukan balik rakyat malaysia.. akhir2 ni haru biru jadi nya gara2 anwar dan pembangkang kemarut nak jadi jadi pemerintah malaysia..

abglong KD