Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

09 September 2008

Detik Kemusnahan Islam dan Melayu

KOTA BHARU 8 Sept - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan hasrat Pakatan Pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini hanya gimik politik dan perang saraf semata-mata.

Bagaimana pun, katanya jika perubahan kerajaan benar-benar berlaku, ia sebenarnya satu detik kemusnahan Islam dan Melayu di negara ini.

"Sekarang BN mempunyai 140 kerusi parlimen. Ahli parlimen Islam seramai 89 orang dan bukan Islam 51 orang. Manakala Pakatan Pembangkang pula mempunyai 82 kerusi dengan ahli parlimen Islam seramai 43 orang dan bukan Islam 39 orang"

Katanya, jika 30 Ahli Parlimen BN bukan Islam melompat, maka akan berlaku perubahan kerusi Ahli Parlimen pembangkang iaitu Ahli Parlimen Islam seramai 43 orang dan bukan Islam 69 orang"

"Berdasarkan jumlah itu mereka akan mendesak supaya hak sama rata di antara semua kaum"

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Datuk Seri Anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September ini.

Utusan Malaysia

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Askm,

sepatutnya umat islam dan orang melayu di negara ini perlu sedar.. jika berlaku perubahan jangan lah perubahan seperti itu.

Jika Umat Islam bersatu diantara BN 89 orang dan Pembangkang 43 orang maka Islam lebih kuat daripada Kafir kerana jika mereka bergabung pun BN 51 + Pembangkang 39 hanya 90 orang kafir.

Umat Islam perlu bersatu membina negara Islam yang kuat.

Abdullah

anak-malaya berkata...

Kerajaan tidak mungkin ditubuhkan 16 September ini - Pas

KUALA TERENGGANU 10 Sept. - Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berpendapat penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku atas faktor teknikal dan politik.

- Utusan