Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

04 Januari 2009

OIC perlukan pasukan misi pengaman

KUALA LUMPUR 4 Jan. — Sekarang merupakan masa yang sesuai bagi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menubuhkan pasukan misi pengaman untuk dihantar ke negara-negara Islam yang mengalami pergolakan seperti Palestin, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata selain daripada turut serta dalam tindakan memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat (AS) seperti dicadangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, masyarakat Islam dunia juga perlu bergabung tenaga untuk menubuhkan pasukan misi pengaman.

“Kita perlu menggunakan premis sedia ada, iaitu OIC. Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih konkrit sebagai sebuah pertubuhan. Bukan semua negara anggota OIC akan bersetuju dengan cadangan ini tetapi jika ada majoriti, dengan itu kenapa tidak?” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Ade Nasution di sini.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB tidak memainkan peranan efektif dalam menangani konflik Israel-Palestin, yang telah mengakibatkan beribu-ribu orang awam terbunuh.

Katanya pasukan misi pengaman OIC juga boleh bekerjasama dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk menguatkuasakan perdamaian di negara yang bergolak, jika perlu.

“Cadangan ini wajar dikaji. Ia terlebih dahulu perlu diterima oleh ketua-ketua negara OIC. Wujud keperluan segera bagi OIC mengadakan sidang kemuncak khas bagi tujuan itu,” katanya.

Dr Zahid berkata beliau akan mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim pada mesyuarat Kabinet akan datang pada Rabu kerana beliau boleh mengemukakannya pada mana-mana forum OIC yang dihadirinya,”. -BERNAMA

2 ulasan:

anak-malaya berkata...

Serangan berterusan Yahudi Israel keatas bumi Gaza, menyebabkan 480 umat Islam Palastin terbunuh dan 2300 orang cedera.

Amerika yg merupakan polis dunia terus menyokong serangan itu. Manakala negara Islam Mesir pula menutup sempadan Gaza - Mesir yg menyebabkan berlaku krisis makanan dan kesihatan terhadap 1.2 juta penduduk Gaza.

Mesyuarat PBB tidak berjaya memutuskan untuk menyekat serangan Israel itu. PBB seoalah2 ikut telunjuk Amerika.

Mesyuarat OIC juga sama, hanya meminta fatah dan hamas bersatu..

Apa nak jadi...

anak-malaya berkata...

Kerajaan Malaysia telah mengutuk serangan itu serta mendesak PBB dan OIC memainkan peranan untuk menyekat serangan Israel.

Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu juga membuat sesuatu..

JOM... BOIKOT Barangan ISRAEL, USA dan MESIR.