Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda

" Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya ia tidak berkuasa maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."

24 Jun 2008

SMART SOLAT?

MENOKOK TAMBAH. Exco Agama Kerajaan Pembangkang Selangor telah mengharamkan Konsep Islam Hadhari kononnya konsep itu termasuk dalam menokok tambah kepada agama.

Namun beliau telah memperkenalkan pula Smart Solat. Adakah ini juga termasuk agenda menukok tambah agama. Berhati-hati lah jangan mengutamakan agenda peribadi daripada kepentingan agama dan rakyat.

Exco Agama kerajaan itu masih tidak yakin dengan cara pengajaran yang dibawa oleh Islam dalam bab solat. Jangan angkuh dengan kuasa yang ada dan jangan rasa lebih hebat daripada cara yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

1 ulasan:

Pemuda UMNO Bahagian Subang berkata...

Petian dari www.umnojeli.net :

" ASAHAN 22 SEPTEMBER 2007 – Program agama ‘Smart Solat’ yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed dibawah Pertubuhan UMNO Bahagian Jeli telah diadakan di Cawangan Batu Sebelas, Petiundi disini semalam.

Program yang memberikan penekanan tentang cara-cara serta kaedah sempurna dalam mendirikan sembahyang ini merupakan ilham YB Dato’ Pa serta warga kerja yang terlibat dalam memastikan rakyat Jeli ini mendapat ilmu agama secukupnya sekaligus menjadikan mereka antara yang berjaya melakukan amal yang terbaik dibulan Ramadhan yang mulia ini. "